Terdapat 2907 berita berdasarkan kata kunci carian " 2024"

Malaysia Akan Ketengahkan Inisiatif Bandar Digital Pada Ekspo Bandar Pintar KL 2025

BARCELONA, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia merancang untuk mengetengahkan Inisiatif Bandar Digitalnya, yang akan dilancarkan pada awal tahun depan di Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur 2025, mempamerkan perkhidmatan digital yang inovatif dan pendekatan bukti konsep yang telah dilaksanakan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Kenaikan Empat Hari Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah selepas empat hari kenaikan berturut-turut susulan petunjuk dari pasaran minyak kacang soya yang lebih lemah di Chicago Board of Trade (CBOT), kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini ketika pilihan raya Amerika Syarikat (AS) semakin menghampiri.

Untung Bersih F&N Melonjak Kepada RM542.77 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM542.77 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM536.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

KL Bersiap Untuk Ekspo Bandar Pintar Pertama Asia Tenggara - Gobind

Oleh NurulJannah Kamaruddin

BARCELONA, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept 2025.

APAD Johor Bahru Gantung Lesen Operasi Kargo Xin Hwa

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Johor Bahru menggantung lesen pengendali kenderaan barangan anak syarikat pengangkutan kargo Xin Hwa Holdings Bhd (Xin Hwa).

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup  tinggi hari ini.

Jualan Proton Pada Oktober Melonjak 13.6 Peratus, Catat Jumlah YTD 125,557 Unit

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober, peningkatan 13.6 peratus berbanding 11,269 unit pada bulan sebelum itu, sekali gus meningkatkan jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) kepada 125,557 unit.

Funding Societies Peroleh Kemudahan Kredit RM436 Juta Bantu PMKS

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Funding Societies memperoleh kemudahan kredit ketiga daripada HSBC di bawah Dana Pertumbuhan ASEAN sekali gus meningkatkan kemudahan kreditnya daripada bank tersebut kepada lebih US$100 juta (RM436 juta).

Malaysia Cadang Guna Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Negara Pada Masa Depan - Rafizi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. 

Harga MSM Diunjur Meningkat 6.3 Peratus Pada 2025, Purata RM4,250 Satu Tan - AmInvest

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengukuh pada 2025, dengan purata RM4,250 satu tan, mewakili peningkatan 6.3 peratus tahun ke tahun, menurut AmInvestment Bank Bhd (AmInvest).

Agro Snow Laksana Transformasi Industri Makanan Berasaskan Tumbuhan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Syarikat komoditi pertanian global, Agrocorp International dan Megmilk Snow Brand menjalin kerjasama untuk melabur dalam kemudahan pengeluaran protein mesra alam, Agro Snow, di Johor Bahru, Johor.