Terdapat 420 berita berdasarkan kata kunci carian " pertubuhan"

Tengku Zafrul Di Korea Selatan Hadiri Mesyuarat MRT APEC, Perkukuh Platform Dagangan Pelbagai Hala

Daripada Muhammad Muzammil Abdullah

JEJU (Korea Selatan), 14 Mei (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengetuai delegasi Malaysia ke Jeju, Korea Selatan untuk menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) kali ke-31.

WE2025 Sasar Jana Potensi Perdagangan, Pelaburan Bernilai RM100 Juta - Qube

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ekspo “WE2025: Future in Motion -- Women in Trade. Leadership. Investment.”, yang akan diadakan dari 25 hingga 27 Nov, 2025, menyasar untuk menjana potensi perdagangan dan peluang pelaburan bernilai RM100 juta, menurut Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd.

Malaysia Utamakan Isu Didorong AI Perdagangan Mampan Pada Mesyuarat APEC Di Jeju

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia akan menyertai rakan serantau dan global minggu ini dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (AOEC) kali ke-31 di Jeju, Korea Selatan, dengan kecerdasan buatan (AI) dan demografik menjadi antara tumpuan utama.

Wawasanita Meterai 11 LOI Pada Expo Iran 2025, Intai Peluang Eksport Produk Makanan Halal

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (Wawasanita), menandatangani 11 Surat Niat (LOI) dengan pelbagai industri dan syarikat Iran pada Pameran Export Potential of Iran (Iran Expo 2025) ketujuh yang berlangsung di negara itu baru-baru ini.

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM29.58 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025, meningkat daripada RM25.65 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bank Rakyat, Mastercard Bekerjasama Lancar Touch Card Untuk OKU Cacat Penglihatan

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bank Rakyat dengan Mastercard bekerjasama untuk menyepadukan ciri kad sentuh, Touch Card ke dalam pelbagai jenis kad bank terpilih.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak.

Usahawan Sabah Digesa Manfaatkan Hab PMKS, Akses Maklumat Terkini Keusahawanan - Ewon

PENAMPANG, 3 Mei (Bernama) -- Usahawan Sabah digesa memanfaatkan sepenuhnya Hab Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di sini bagi mengakses maklumat terkini bidang keusahawanan untuk memberi peluang kepada mereka mengembangkan lagi perniagaan.

OPEC+ Perlu Buat Keputusan Penting Pada Mesyuarat 5 Mei Ini - BMI

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) perlu membuat keputusan penting dalam mesyuarat akan datang pada 5 Mei, 2025, membabitkan penetapan paras pengeluaran minyak mentahnya bagi Jun.

BNM Kenakan Denda Berjumlah RM35,000 Ke Atas Merchantrade Asia, JAGS Money

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda sejumlah RM35,000 dalam bentuk penalti monetari pentadbiran (AMP) ke atas Merchantrade Asia Sdn Bhd dan JAGS Money Sdn Bhd.

219,015 Pertubuhan Milikan Wanita Beroperasi Pada 2022, Selangor Tertinggi

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Sejumlah 219,015 pertubuhan milikan wanita dicatatkan pada 2022 yang menyumbang 20.1 peratus kepada keseluruhan pertubuhan dalam ekonomi pada tahun itu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sektor Pembuatan Pacu Ekonomi Kelantan, ECERDC Raih Pelaburan RM1.21 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Transformasi Kelantan sebagai hab perindustrian semakin menyerlah dengan ketara berikutan kejayaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) memperoleh pelaburan direalisasikan sebanyak RM1.21 bilion, didorong terutamanya oleh sektor pembuatan.