15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan semula Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Januari 2026.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pemegang amanah Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT), RHB Trustees Bhd telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk memperoleh kilang berkembar dua tingkat dengan bangunan pejabat dua tingkat di Johor melalui pertimbangan tunai sebanyak RM34.6 juta.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Rabu, menjejaki pasaran tunai pendasar.
15hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup hari dagangan terakhir 2025 dengan prestasi yang sedikit lemah, susut 0.26 peratus di tengah-tengah keadaan yang negatif berikutan tiadanya pemangkin baharu dan selari dengan kelemahan di pasaran serantau.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia meningkat sedikit kepada 1.4 peratus pada November 2025 daripada 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM128 juta untuk sembilan dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu, seiring dengan pergerakan pasaran serantau yang rendah.
15hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penuruan daripada semalaman Wall Street susulan kemerosotan saham berkaitan teknologi.
15hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pencapaian Malaysia di Ekspo 2025 Osaka dan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 telah meletakkan negara sebagai rakan kongsi dipercayai dalam memacu pertumbuhan mampan, integrasi serantau dan keyakinan pelabur global, sekali gus menyediakan landasan kukuh untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.
15hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatan, dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan penurunan mata wang AS itu selepas pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
16hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Cypark Resources Bhd, Cypark Renewable Energy Sdn Bhd telah menyelesaikan penebusan awal dan penuh Sukuk Musharakah Kekal Tranche 1 berjumlah RM235 juta hari ini.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Apex Healthcare Bhd mengumumkan Pharmora Investment Holdings Pte Ltd meningkatkan pegangannya dalam syarikat itu kepada 94.94 peratus susulan tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syarat.