BERITA TERKINI   PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye dari 6 hingga 8 Jan, perkukuh hubungan dua hala - Setiausaha Akhbar Kanan PM | 

Terdapat 274 berita berdasarkan kata kunci carian " pulau pinang "

Kenaikan Gaji Pacu Sektor Hartanah Tahun Ini - Hong Leong Investment Bank

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji penjawat awam dan pelaksanaan gaji minimum lebih tinggi kekal sebagai faktor utama dalam memacu permintaan dan meningkatkan kemampuan untuk pembelian hartanah di seluruh negara tahun ini, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Selgate, MTT Properties Akan Bina Hospital Pakar Swasta Pertama Di Balik Pulau

GEORGE TOWN, 14 Jan (Bernama) -- Selgate Corp Sdn Bhd (Selgate Corp), melalui anak syarikat penjagaan kesihatannya, Selgate Healthcare Sdn Bhd menandatangani perjanjian pembangunan dan pajakan bersama MTT Properties and Development Sdn Bhd (MTT Properties) bagi membina sebuah hospital pakar swasta di Balik Pulau, Pulau Pinang.

MRT Corp Anugerah Kontrak Sivil Utama LRT Laluan Mutiara Kepada SRS Consortium

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), hari ini menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama (CMC) bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 billion. 

Kemampanan, Inovasi Pemangkin Prospek Cerah Pasaran Hartanah - Knight Frank Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) – Pasaran hartanah Malaysia dijangka berkembang pada 2025 dengan tumpuan terhadap kemampanan, inovasi dan peningkatan kesalinghubungan membabitkan wilayah penting yang dalam kedudukan tepat untuk menarik pelabur tempatan dan asing.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi diterajui oleh kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Affin Bank Jangka Pertumbuhan KDNK 5.2 Peratus Pada 2025

GEORGE TOWN, 9 Jan (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangka ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.2 peratus pada tahun ini berbanding anggaran 5.0 peratus pada 2024.

Aktiviti Ambil Untung Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham wajaran tinggi terpilih, diheret turun terutamanya oleh kaunter perladangan.

Pulau Pinang Berjaya Tarik Pelaburan Berjumlah RM31.38 Bilion Pada 2024 - Chow

GEORGE TOWN, 7 Jan (Bernama) -- Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju dan pertanian moden.

Harga Rumah Di KL, PJ Dijangka Naik Antara 3 Hingga 4 Peratus Tahun Ini - Pempengaruh Hartanah

Oleh Karina Imran dan Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Harga rumah kediaman dua tingkat di Lembah Klang terutamanya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ), ia dijangka meningkat antara 3.0 hingga 4.0 peratus tahun ini.

Goto Ke-11: P. Pinang Harap Hubungan Ekonomi Dengan Tamil Nadu Diperkukuh

GEORGE TOWN, 4 Jan (Bernama) -- Pulau Pinang berharap hubungan ekonomi, pelaburan dan perniagaan dengan negara India terutama Tamil Nadu dapat diperkukuhkan menerusi persidangan Global Organisation of Tamil Origin Meet (GOTO) kali ke-11 yang berlangsung di sini.

Projek Senze@PICC Oleh Hunza Berjalan Lancar, Pemilik Kediaman Dijangka Terima Kunci Pada 2027

GEORGE TOWN, 3 Jan (Bernama) -- Pembinaan pembangunan perdana terbaharu Hunza Properties Bhd (Hunza), Senze@PICC berjalan lancar dengan pembeli dijangka menerima kunci rumah masing-masing pada 2027.

Kenanga IB: Pinjaman Sektor Perbankan Diunjur Tumbuh 6.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan pinjaman perbankan Malaysia diunjur pada 6.0 peratus pada 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan dalam dasar perdagangan asing, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).