1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mesti menerima kecerdasan buatan (AI) dan e-invois untuk kekal kompetitif dalam ekonomi Malaysia yang semakin berkembang, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Pembukaan kilang kedai roti halal Paris Baguette di Johor merupakan kemajuan yang signifikan dalam mengukuhkan hubungan ekonomi serta pelaburan antara Malaysia dan Korea Selatan, kata Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung Bae.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Keputusan Malaysia untuk beralih dari rangkaian borong tunggal (SWN) kepada model dwi rangkaian bagi 5G dijangka memacu persaingan, menarik pelaburan dan mempercepatkan transformasi digital negara, kata Persatuan GSM (GSMA).
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Nabilah Saleh
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan ASEAN perlu menggerakkan strategi pelaburan mampan dan inklusif sebagai pemacu utama daya tahan ekonomi dan pertumbuhan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) yang dipantau oleh Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara (MED4IR), menggariskan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pembangunan dan penerimagunaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) dan blockchain.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Fariz Fadzil.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menerusi anak syarikat milik penuhnya, BIMB Holdings Sdn Bhd (BIMB Holdings) mengadakan usaha sama strategik dengan RELDYN Tech Sdn Bhd (RELDYN) bagi memacu lanskap kewangan digital patuh Syariah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Peningkatan kemajuan dalam platform kecerdasan buatan (AI), seperti DeepSeek dari China membantu meningkatkan permintaan terhadap pusat data di negara ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Citadel Group mengumumkan pengembangannya ke Indonesia dengan penubuhan PT Citadel Group Indonesia di Jakarta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia terus komited untuk memastikan kerjasama berterusan antara syarikat minyak dan gas nasional kedua-dua negara iaitu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan PT. Pertamina (Persero) dari Indonesia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- DSG Group berpangkalan di New Zealand, peneraju global dalam tokenisasi sekuriti dan kemudahan modal rentas sempadan telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk memajukan matlamat kewangan digital negara.