8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Malaysia kekal komited untuk berkongsi kepakarannya dan menggalakkan kerjasama dengan rakan antarabangsa, terutamanya dalam mempromosikan kesedaran dan inovasi dalam ekosistem halal di Expo 2025 Osaka, Kansai, Jepun, yang berlangsung dari 13 April hingga 13 Okt 2025.
8bulan ago
JAKARTA, 22 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan mesyuarat Meja Bulat Kerjasama Industri Halal Malaysia-Indonesia yang bertujuan memupuk kerjasama serantau dan memacu pertumbuhan inklusif kedua-dua negara dalam ekonomi halal global.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Dua puluh dua syarikat Malaysia yang menyertai Program Perniagaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Ekspo 2025 Osaka, Jepun telah memperoleh pelaburan dan eksport bernilai lebih RM40 juta.
8bulan ago
JOHOR BAHRU, 22 April (Bernama) -- Maybank memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) bagi membentuk kerjasama strategik yang bertujuan memperkukuh sokongan kepada usahawan tempatan di Johor.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Dewan Perniagaan Thai (TCC) melihat sektor halal sebagai platform yang berpotensi bagi memperkukuh kerjasama ekonomi di antara Thailand dengan Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan menjadi pemangkin kepada usaha Pavilion Malaysia untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM13 bilion semasa Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Kansai, Jepun.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) komited menyediakan kemudahan pembiayaan RM10 bilion untuk memacu integrasi ekonomi dan membuka peluang rentas sempadan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Johor telah membincangkan inisiatif-inisiatif sandbox dalam usaha menangani kebimbangan pelabur serta industri di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
8bulan ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 17 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengesahkan komitmen masing-masing untuk menangani isu tarif Amerika Syarikat (AS) secara kolektif di peringkat ASEAN.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Industri acara perniagaan (BE) di Malaysia dijangka berkembang sebanyak lapan peratus pada 2025, menurut Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen serta Pameran Malaysia (MACEOS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Sirehemas Pharma Sdn Bhd (Sirehemas) dengan kerjasama Euglena Co Ltd (Euglena) menyasar menjual lebih 236,000 unit produk kesihatan terbaharunya Euglena Royal Algae Drink dan Euglena Collagen Shot di pasaran Malaysia, Indonesia serta Singapura pada tahun ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dikenang bukan sahaja sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima tetapi juga sebagai pemimpin berwawasan yang memperjuangkan pendekatan pembangunan ekonomi lebih inklusif dan seimbang, kata ahli ekonomi.