Terdapat 387 berita berdasarkan kata kunci carian "pm anwar"

PM Anwar Beri Jaminan Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Meskipun Tarif AS

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan buat masa ini meskipun pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.

Tarif Baharu AS Dijangka Beri Sedikit Impak Terhadap Ekonomi Negara --PM Anwar

MELAKA, 5 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ekonomi negara mungkin mengalami sedikit impak susulan kadar tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini.

Perkongsian Strategik Dengan Syarikat Teknologi Global Perlu Dipertingkat – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Perkongsian strategik dengan syarikat teknologi global seperti Intel Corporation (Intel) perlu diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa, sesuai dengan perubahan teknologi dan situasi ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar Terima Kunjungan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto di pejabat beliau di Putrajaya. 

Tempahan Pesawat Baharu MAG Kukuhkan Komitmen Untuk Pertumbuhan - PM Anwar

PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) membuat tempahan tinggi melibatkan 30 pesawat Boeing 737, meliputi 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 dengan kuasa enjin CFM LEAP-1B, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Industri Penerbangan Malaysia Berada Pada Asas Kukuh Untuk Pengembangan - PM Anwar

PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Industri penerbangan Malaysia dalam proses pemulihan dan membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan pengembangan yang berterusan, selaras dengan sektor penerbangan di rantau ini yang pulih secara keseluruhannya.

Amalan Tubuh, Simpan Syarikat Tidak Catat Untung Perlu Dihentikan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata budaya menubuhkan syarikat serta amalan menyimpan syarikat yang tidak mencatatkan keuntungan harus dihentikan serta merta.

GLIC Disaran Buat DDI RM120 Bilion Dalam Lima Tahun Untuk Pacu Ekonomi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion bagi tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perang Dagangan, Tarif, Sekatan Jadi Senjata Dominasi Global - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Perang perdagangan, tarif dan sekatan telah berubah daripada sebagai alatan ekonomi kepada senjata dalam perjuangan yang lebih luas untuk mendominasi, memupuk sentimen curiga dan tidak percaya yang menjejaskan asas kerjasama antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Perkukuh Kedudukan Sebagai Pusat Perdagangan, Kewangan, Teknologi Berdaya Saing - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Malaysia akan memperkukuh kedudukannya sebagai pusat perdagangan, kewangan dan teknologi yang berdaya saing dalam keadaan perubahan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suntikan Modal Tidak Manfaatkan Pemegang Saham, Pengurusan SEB - PM Anwar

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Suntikan modal baharu yang diberikan kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (SEB) tidak sama sekali manfaatkan pemegang saham atau pengurusan SEB, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suntikan RM1.1 Bilion Bukan Dana Hangus Tetapi Pinjaman Yang Perlu DiBayar Semula - PM Anwar

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (SEB) bukanlah ‘dana hangus’ tetapi dilaksanakan dalam bentuk pinjaman yang perlu dibayar semula.