7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kedudukan ekonomi Malaysia kekal stabil meskipun wujud ketidaktentuan perdagangan global, dengan optimisme terhadap rundingan perdagangan yang sedang diadakan, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Memorandum persefahaman (MoU) Grid Tenaga ASEAN (APG) yang dipertingkatkan, yang dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini akan memfokuskan kepada penyeragaman peraturan dan kawal selia, menyelaraskan keperluan teknikal dan mewujudkan model kewangan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Indeks harga seunit besi mencatat penurunan antara -0.1 peratus hingga -3.1 peratus di kebanyakan kawasan di Malaysia pada Mei 2025 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
7bulan ago
JOHOR BAHRU, 11 Jun (Bernama) -- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yakin semakan serta peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini bakal memberi kesan positif yang ketara terhadap pertumbuhan industri nanas negara.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.07 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Jun ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) mengumumkan rombakan lembaga pengarah bagi meningkatkan tadbir urus korporat, mengukuhkan kepimpinan dan menyokong inisiatif pertumbuhan strategik.
7bulan ago
KUCHING, 7 Jun (Bernama) -- Langkah Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk mengurangkan tenaga kerjanya berpunca daripada cabaran global dan tidak berkaitan dengan isu syarikat minyak nasional itu dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan bilik bersih dan kemudahan lain, iCents Group Holdings Bhd memeterai perjanjian penaja jaminan dengan Alliance Islamic Bank Bhd (AIS) bagi pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada Julai 2025.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bakal mengurangkan 10 peratus daripada tenaga kerjanya dalam mendepani cabaran operasi yang sukar terutamanya disebabkan kejatuhan harga minyak mentah.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 di Semenanjung Malaysia akan diturunkan sebanyak tiga sen kepada RM3.07 seliter bermula 5 Jun hingga 11 Jun 2025, selaras dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi pekebun kecil telah diaktifkan di Sabah dan Sarawak untuk Mei 2025, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).
7bulan ago
Daripada Karina Imran
OSAKA, 31 Mei (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) untuk bekerjasama dalam pembangunan tenaga boleh baharu (RE), mempertingkatkan infrastruktur tenaga rentas sempadan dan bertukar-tukar pengetahuan teknikal.