Terdapat 346 berita berdasarkan kata kunci carian "selangor"

Pembentangan MATRADE Dan SIDEC Di Forum Mengenai Geran Kerajaan Dan Unjuran Perniagaan

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pegawai kanan dari Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) akan bercakap dalam forum perniagaan di sini pada 9 April 2025.

Eksport Dari Lapan Negeri Naik Kepada RM71.6 Bilion Pada Februari - DOSM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Eksport dari lapan negeri meningkat kepada RM71.6 bilion pada Februari 2025, menyumbang kepada jumlah keseluruhan eksport Malaysia sebanyak RM118.3 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Nestcon Raih Kontrak Kerja-kerja Tanah RM100 Juta Di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Subsidiari milik penuh firma pembinaan Nestcon Bhd, Nestcon Infra Sdn Bhd (NISB) tekah memperoleh kontrak berbilai RM100 juta untuk kerja-kerja tanah di Mukim Kerling, Hulu Selangor.

Inflasi Malaysia Meningkat Dengan Kadar Perlahan 1.5 Peratus Pada Februari 2025 – Perangkaan

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.5 peratus pada Februari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 134.1 berbanding 132.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Lagenda Perluas Operasi Ke N. Sembilan, Beli Tanah Dengan GDV Bernilai RM550 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Lagenda Properties Bhd (Lagenda) sedang mengembangkan kehadirannya di seluruh negara dengan langkah strategik meneroka pasaran Negeri Sembilan susulan pembelian tanah di Seremban yang mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM550 juta.

Keseluruhan Dana Komited Bagi Segmen PE, VC Berjumlah RM24.70 Bilion Pada 2024 - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Jumlah dana komited dalam industri pasaran modal pada penghujung 2024 bagi ekuiti swasta (PE) dan modal teroka (VC) masing-masing berjumlah RM18.01 bilion dan RM6.70 bilion menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM24.70 bilion.

Wartawan Bernama Penerima Anugerah KRP Wolfson Press Fellowship 2025

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penolong Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Niam Seet Wei dinamakan sebagai penerima anugerah biasiswa Program Residensi Khazanah Nasional Bhd (KRP) Wolfson Press Fellowship 2025.

ST Rosyam Mart Sasar Nilai Jualan Cecah RM2 Bilion Tahun Ini

KLANG, 20 Mac (Bernama) -- Rangkaian pasar borong dan runcit ST Rosyam Mart menyasarkan hasil jualan sebanyak RM2 bilion tahun ini menerusi lapan cawangan seluruh negara termasuk premis baharu di Jalan Kebun di sini yang dibuka semalam.

Gagasan Nadi Unit Raih Kontrak RM134.41 Juta Di Bandar Elmina, Selangor

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Nadi Emery Sdn Bhd (NESB) yang juga unit Gagasan Nadi Cergas Bhd, berjaya memperoleh kontrak bernilai RM134.41 juta daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).

Pasaran Sewa Naik 3.9 Peratus, Tertinggi Dalam Lima Tahun Kepada Purata RM2,052 -- IQI

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pasaran sewa di Malaysia meningkat sebanyak 3.9 peratus tahun ke tahun kepada purata RM2,052, tertinggi dalam tempoh lima tahun pada suku keempat 2024, menurut gergasi hartanah IQI.

Veronika Utami Dilantik Pengarah Urusan Baharu Dutch Lady Mulai 15 April 2025

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Dutch Lady Milk Industries Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Veronika Winanti Wahyu Utami sebagai pengarah urusan baharu berkuatkuasa pada 15 April, 2025.

Pos Malaysia Bekerjasama Dengan Jenama Tempatan Bagi Kempen Serba-Serbi Aidilfitri

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal tempatan bagi kempen Hari Raya tahun ini, Serba-Serbi Aidilfitri, untuk meningkatkan keterlihatan dan kesedaran jenama semasa musim perayaan.