1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan pinjaman perbankan Malaysia diunjur pada 6.0 peratus pada 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan dalam dasar perdagangan asing, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
1tahun ago
LABUAN, 3 Jan (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) hari ini mengumumkan Datuk Wan Mohd Fadzmi Che Wan Othman Fadzilah telah menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi Labuan FSA pada 31 Dis, 2024.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan menubuhkan konsortium perniagaan dan melaksanakan program Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) bagi memastikan golongan itu kekal kompetitif di peringkat tempatan dan antarabangsa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Senai Airport City Sdn Bhd (SACSB) dan Lincotec Technology (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Linco Technology Co. Ltd, Taiwan memeterai perjanjian jual dan beli (SPA) untuk Lincotec membeli 4.02 hektar tanah perindustrian di Zon Perindustrian Bebas Senai Airport City.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama 2025 dengan ditutup rendah berikutan aktiviti mengambil untung susulan kenaikan pada dagangan akhir tahun awal minggu ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Maxis, penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Malaysia, bekerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi pembangunan bersama penyelesaian 5G, dengan fokus pada inovasi dalam bidang penjagaan kesihatan dan pendidikan.
1tahun ago
KUALA TERENGGANU, 2 Jan (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) melalui anak syarikatnya EPIC OG Sdn Bhd (EOGSB) berjaya meraih kontrak utama selama lima tahun daripada anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Berhad, Petronas Carigali Sdn Bhd.
1tahun ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus menyanggah prestasi penurunan di peringkat serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat sebanyak 5.2 peratus berbanding 5.1 peratus pda Oktober 2024, didorong terutamanya oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam bon korporat (3.8 peratus; Oktober 2024: 2.6 peratus), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari kedua terakhir 2024 dengan prestasi positif, dipacu momentum belian dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului Maybank dan Petronas Chemicals ketika institusi tempatan memperelok akaun menjelang akhir tahun.