Terdapat 2976 berita berdasarkan kata kunci carian " peru"

Salaam Market Sasar Penyertaan 10,000 PMKS Menjelang 2025

GEORGE TOWN, 20 Dis (Bernama) -- Salaam Market, pasaran halal borong pertama Malaysia menyasarkan penyertaan 10,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menjelang 2025.

Inflasi November Turun Kepada 1.8 Peratus -- Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 susut kepada 1.8 peratus daripada 1.9 peratus pada Oktober tahun ini, penurunan pertama sejak Ogos 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Rizab Antarabangsa BNM Susut Kepada US$118.1 Bilion Pada 13 Dis, 2024

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$118.1 bilion (US$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding US$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.

Pasaran Minyak Sawit Berdepan Ketidaktentuan Berikutan Cuaca, Kekangan Bekalan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) menjangka pasaran minyak sawit akan terus menghadapi ketidaktentuan yang ketara menjelang 2025, dengan cabaran dari aspek bekalan berikutan cuaca buruk dan kadar penanaman semula yang perlahan.

Majlis EU Secara Rasmi Terima Penangguhan Setahun Peraturan Penyahhutanan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Majlis Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi menerima penangguhan pelaksanaan peraturan penyahhutanan EU selama setahun.

KUSKOP Peruntuk RM2.57 Bilion Kepada 272,242 Usahawan Wanita Di Bawah AIM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM2.57 bilion kepada 272,242 usahawan wanita di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) setakat November bagi tahun ini.

Ringgit Ditutup Rendah, Teruskan Penurunan Susulan Perubahan Pendirian Fed

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, meneruskan penyusutan apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) menunjukkan pendekatan lebih berhati-hati bagi pengurangan kadar faedah tahun depan, susulan penurunan 25 mata asas pada Rabu.

Kyndryl Inc Berpangkalan Di AS Buka Pejabat Baharu Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan infrastruktur teknologi maklumat berpangkalan di Amerika Syarikat, Kyndryl Inc, membuka pejabat baharu di sini sekali gus membuktikan komitmennya terhadap pelanggan tempatan.

Penambahbaikan Peraturan Dapat Perkukuh Kedudukan Malaysia Dalam Penilaian FATF

LABUAN, 19 Dis (Bernama) -- Empat rang undang-undang (RUU) yang diluluskan di Dewan Negara bagi mengawal selia aktiviti perniagaan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) semalam, dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia menjelang penilaian Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) keempat pada Februari 2025.

TM, Petronas Dan Gentari Meterai MoU Pacu Transformasi Digital Industri

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan cabang digital Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Digital Sdn Bhd dan cabang tenaga bersihnya, Gentari Sdn Bhd (Gentari), untuk memacu transformasi digital dan inovasi mampan bagi industri dan negara.

Xindeco IoT Rasmi Kemudahan Pembuatan RFID Di Nilai

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Xindeco IoT Malaysia Sdn Bhd merasmikan kemudahan pembuatan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) termaju di Nilai, Negeri Sembilan, menjadikannya sebagai hab pengeluaran RFID terbesar di Asia Tenggara.

5G Kekal Jadi Fokus Utama Syarikat Telekomunikasi Pada 2024

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Industri telekomunikasi Malaysia menyaksikan aktiviti yang rancak pada 2024 ketika negara memulakan pelaksanaan rangkaian 5G keduanya.