BERITA TERKINI   Datuk Abu Huraira Abu Yazid dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas FGV Holdings Bhd, berkuat kuasa 2 Mac | 

Terdapat 321 berita berdasarkan kata kunci carian " dividen"

Keuntungan Bersih Press Metal Aluminium Naik 19 Peratus Kepada RM2.10 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd meningkat kepada RM2.10 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 daripada RM1.76 bilion pada tahun kewangan 2024, peningkatan 19 peratus didorong oleh prestasi tahun ke tahun yang lebih kukuh.

E&O Akan Lancar Projek Tepian Air Di Pulau Andaman Pada Akhir 2026

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pemaju hartanah Eastern & Oriental Bhd (E&O) merancang untuk melancarkan projek tepian air di Pulau Andaman, Pulau Pinang pada akhir 2026.

Penggerak Kemajuan Negara: Pertumbuhan TK2025 TNB Kembalikan Nilai Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menegaskan komitmennya untuk memacu kestabilan ekonomi Malaysia dan jaminan tenaga jangka masa panjang, dengan memastikan bekalan elektrik kepada kediaman, perniagaan dan industri terus berdaya harap di seluruh negara.

Eversendai Catat Pemulihan Kukuh, Bida Projek RM15 Bilion

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Syarikat kejuruteraan dan struktur keluli, Eversendai Corporation Bhd mencatatkan pemulihan kukuh daripada impak pandemik COVID-19, dengan perolehan melepasi RM2 bilion buat kali pertama dan keuntungan yang utuh selain membida projek bernilai kira-kira RM15 bilion di seluruh dunia.

Bintulu Port Catat Keuntungan Bersih RM26.56 Juta, Umum Dividen Lima Sen

KUCHING, 25 Feb (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM26.56 juta untuk suku keempat tahun kewangan 2025 selepas disokong oleh pengeluaran gas asli cecair (LNG) dan aktiviti kargo pukal yang lebih kukuh.

CBP Catat Untung Bersih Tahun Kewangan 2025 Naik 5.6 Peratus Kepada RM131.13 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Co-opbank Pertama Bhd (CBP) mencatat prestasi memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 (TK2025), dengan keuntungan bersihnya meningkat 5.6 peratus kepada RM131.13 juta daripada RM124.20 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Untung Bersih Wasco Bhd Bagi Tahun Kewangan 2025 Melonjak Kepada RM160.5 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Wasco Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 melonjak kepada RM160.54 juta berbanding RM153.04 juta pada tahun sebelumnya.

Untung Bersih Public Bank Meningkat Kepada RM7.22 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meningkat 1.1 peratus kepada RM7.22 bilion daripada RM7.14 bilion pada tahun kewangan 2024, disokong pertumbuhan pinjaman dan pembiayaan yang memberangsangkan.

Nestle Catat Keuntungan Bersih Lebih Tinggi, Umum Dividen Interim Ketiga 90 Sen

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd meningkat kepada RM513.03 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 berbanding RM415.62 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya selepas dipacu oleh kesan gabungan pertumbuhan hasil yang kukuh dan pengurusan kos yang berdisiplin di sepanjang rantaian nilai.

MOF Akan Bubar Syarikat MKD Berstatus Dorman Selepas Penuhi Obligasi Kewangan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan membubarkan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) yang berstatus dorman selepas syarikat terbabit menyelesaikan isu berkaitan obligasi kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong. 

IOI Corp Catat Untung Bersih RM528.5 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- IOI Corporation Bhd (IOI Corp) mencatatkan untung bersih RM528.50 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, meningkat ketara berbanding RM111.10 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Untung Bersih Petronas Dagangan Meningkat Kepada RM1.10 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PDB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meningkat kepada RM1.10 bilion daripada RM1.09 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2024.