Terdapat 11332 berita berdasarkan kata kunci carian " e"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi lemah pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS).

RHB IB, Kenanga IB Kekalkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia Bagi 2026

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 pada 4.7 peratus, dengan cenderung untuk meningkat ke arah lima peratus susulan prestasi lebih kukuh daripada jangkaan pada suku pertama 2026.

Data KDNK Kukuh, Ringgit Ditutup Kebanyakannya Meningkat Berbanding Mata Wang Utama

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh 5.4 peratus dalam suku pertama 2026.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Jejaki Sentimen Lemah Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, seiring dengan sentimen pasaran serantay yang lemah berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati dalam persekitaran kebimbangan mengenai kenaikan harga minyak global dan potensi limpahan inflasi merentasi ekonomi utama.

Perdagangan Kekal Pemacu Utama Pembangunan - Mohamad Hasan

Daripada Mohd Khairi Idham Amran

NEW DELHI, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia percaya bahawa perdagangan kekal sebagai pemacu utama pembangunan dan peningkatan perdagangan Selatan-Selatan perlu terus dimanfaatkan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

BNM Ambil Kira Potensi Situasi Asia Barat Dalam Unjuran Inflasi, Pertumbuhan 2026 -- Gabenor

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil kira aspek potensi senario akibat konflik Asia Barat ketika melakukan unjuran pertumbuhan dan inflasi 2026, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Rusia Tekankan Kerjasama Dengan Negara-negara Islam

Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid

KAZAN (Rusia), 15 Mei (Bernama) -- Rusia menekankan komitmen untuk meneruskan kerjasama yang sedang dijalinkan dengan negara Islam dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, industri, teknologi maklumat, pembinaan, pertanian, kewangan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan.

UOB Malaysia Tingkat Sokongan Kepada PKS Melalui SRF PKS BNM

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- UOB Malaysia sedang meningkatkan sokongan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Kemudahan Bantuan Penstabilan PKS (SRF) Bank Negara Malaysia (BNM).

Tumpuan Kerajaan Kepada Reformasi Perkukuh Momentum Pertumbuhan Ekonomi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Tumpuan kerajaan terhadap reformasi Ekonomi MADANI yang berteraskan dasar mesra pertumbuhan, program berpaksikan rakyat serta pengurusan fiskal  yang bertanggungjawab, terus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Perlu Tumpukan Kestabilan Makroekonomi, Pelihara Penampan Mustahak - BNM

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) --  Keutamaan dasar jangka pendek perlu tertumpu pada pengekalan kestabilan makroekonomi dan pada masa yang sama memelihara penampan mustahak susulan kejutan bekalan global akibat konflik Asia Barat.

Konflik Iran Mungkin Tingkat Aktiviti Penggerudian Di Perairan Sabah -LCC

LABUAN, 15 Mei (Bernama) -- Konflik yang belum selesai melibatkan Iran dijangka memacu aktiviti penggerudian minyak yang lebih aktif di perairan Sabah, kata Pengerusi Biro Minyak dan Gas Dewan Perniagaan Labuan (LCC) Masnawi Nawe.

China Sedia Tingkat Kerjasama Dengan Malaysia Dalam Ekonomi Digital, AI

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- China bersedia untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dengan Malaysia dalam inovasi saintifik dan teknologi, ekonomi digital serta kecerdasan buatan (AI), sambil memperkukuh penyelidikan bersama, pertukaran tenaga kerja dan kerjasama perindustrian.