2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Sunway Bhd dan IJM Corporation Bhd adalah antara kaunter paling aktif, didagangkan lebih tinggi pada tengah hari berikutan sentimen positif yang timbul susulan potensi penggabungan antara kedua-dua syarikat itu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan mengekalkan momentum peningkatannya, didorong oleh belian berterusan dalam kaunter perkhidmatan kewangan dan berkaitan pengguna.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa awal dagangan pada Isnin menjejaki kenaikan Wall Street pada minggu lepas, apabila sentimen pelabur yang bertambah baik meningkatkan minat belian.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung yang normal, dalam keadaan ketiadaan pemangkin domestik baharu.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 4 Jan (Bernama) -- Industri penganjuran acara perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1 bilion pada tahun lepas.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- IJM Corporation Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, IJM Construction Sdn Bhd meraih kontrak daripada New Pantai Expressway Sdn Bhd untuk mereka bentuk dan membina Sambungan Lebuhraya Pantai Baru (NPE 2) yang bernilai RM1.4 bilion.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- SP Setia Bhd melantik Tan Hwa Min sebagai timbalan ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 17 Nov, dan Datuk Yuslina Mohd Yunus sebagai ketua pegawai operasi (COO) berkuat kuasa 1 Okt, berikutan pelantikan Datuk Zaini Yusoff sebagai presiden merangkap CEO berkuat kuasa 1 Okt.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengesahkan rundingan sedang berlangsung dengan beberapa pihak berkaitan aset lebuh rayanya di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Peralihan kepada projek industri terutama pusat data mengukuhkan nilai perolehan kontrak pembinaan IJM Corporation Bhd dan meletakkanya di landasan pertumbuhan mampan dengan menyasarkan nilai perolehan kontrak pembinaan baharu sehingga RM8 bilion tahun ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd, New Pantai Expressway Sdn Bhd memeterai perjanjian konsesi tambahan (SCA) dengan kerajaan bagi melaksanakan projek lanjutan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) sepanjang 15 kilometer.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menganggarkan nilai kontrak pusat data berjumlah RM10 bilion akan diterima tidak lama lagi walaupun Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan mengehadkan penghantaran cip kecerdasan buatan (AI) ke Malaysia.
8bulan ago
SHAH ALAM, 8 Julai (Bernama) -- Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) hari ini memeterai memoranda persefahaman (MOU) dengan tiga rakan strategik bagi pembangunan Taman Edu-Tek dan Hab Sekuriti Makanan di Pulau Carey, Kuala Langat.