Terdapat 25 berita berdasarkan kata kunci carian " mpoc"

Sawit : Malaysia Mahu Bekerjasama Erat Dengan Kenya, Pastikan Bekalan Terjamin - MPOC 

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Malaysia komited untuk bekerjasama erat dengan Kenya bagi memastikan kestabilan bekalan minyak sawit serta integrasi pasaran yang lebih mendalam, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

MPOGCF, SOP Meterai MoU Pulihara Sawit Dan Biodiversiti Mampan

MIRI, 9 Mei (Bernama) -- Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dan Sarawak Oil Palms Bhd (SOP) telah memuktamadkan kerjasama penting menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang turut menandakan pencapaian dalam integrasi pemuliharaan biodiversiti sektor  sawit Malaysia.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan harga minyak mentah dan minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata pedagang minyak sawit, David Ng.

Harga Minyak Sawit Dijangka Kekal Pada RM3,900 Setan Selepas Peroleh Semula Daya Saing

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Harga Minyak Sawit Stabil Dalam Tempoh Terdekat Berikutan Meningkatnya Permintaan Dari India

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga minyak sawit dijangka stabil dalam tempoh terdekat, berikutan pemulihan dalam pengeluaran dan permintaan daripada pasaran pengimport utama seperti India, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Harga MSM Diunjur Diniagakan Antara RM4,400 Hingga RM4,600 Tan Pada Mac - MPOC

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan berubah-ubah antara RM4,400 dan RM4,600 setan pada Mac 2025, dipengaruhi oleh peningkatan persaingan daripada minyak kacang soya dan harga kompetitif di pasaran global.

Eksport Minyak Sawit Malaysia Ke Asia Tengah Bernilai RM288.23 Juta Pada 2024

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.

MPOC Unjur Penurunan Bermusim Eksport Minyak Sawit Pada Januari, Februari 2025

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia dijangka mengalami penurunan bermusim pada Januari dan Februari tahun ini, terutamanya disebabkan pengeluaran yang merosot, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

MSPO 2.0 Perkukuh Kepimpinan Malaysia Dalam Pengeluaran Minyak Sawit Mampan - MPOC

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pelaksanaan Piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) MS2530:2022 (MSPO 2.0) memperkukuh kepimpinan Malaysia dalam pengeluaran minyak sawit mampan dan menguatkan kedudukannya di pasaran global, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

MPOC Jangka Cadangan Tangguh Pelaksanaan EUDR Akan Diluluskan Parlimen EU

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) akan meluluskan cadangan untuk menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

MPOC Jangka Harga MSM Melebihi RM4,000 Satu Tan Metrik Pada Oktober

KUALA LUMPUR, 16 Okt  (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil melebihi RM4,000 satu tan metrik pada Oktober walaupun dalam persekitaran ketidaktentuan pasaran yang berlanjutan, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Pembekal Malaysia Catat Potensi Jualan RM1.24 Bln Di MPOF Kuala Lumpur 2024

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pembekal Malaysia mencatatkan potensi jualan sebanyak RM1.24 bilion semasa mesyuarat padanan perniagaan (BizMatch) bersama Forum Minyak Sawit Malaysia (MPOF) Kuala Lumpur 2024 yang diadakan pada 8 hingga 9 Oktober, 2024.