1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak pernah meminjam untuk menampung perbelanjaan operasi semasa, sebaliknya, setiap pinjaman dibuat bagi tujuan membangunkan masa depan negara seperti membina prasarana, memperkukuh daya saing dan menyediakan peluang saksama untuk rakyat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pendekatan fiskal bagi Belanjawan 2026 dirangka secara menyeluruh meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan persekutuan serta pelaburan katalitik oleh entiti berkaitan kerajaan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneliti mekanisme pelaksanaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 3.0 agar lebih menyeluruh dan memberi impak maksimum kepada pekebun kecil persendirian (PKP).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) akan dilaksanakan sepenuhnya bagi sektor perkilangan bermula suku pertama tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyediakan Peruntukan Pembangunan (DE) Asas RM20 bilion pada 2026 untuk enam negeri kurang membangun iaitu peningkatan sebanyak lima peratus berbanding RM19 bilion pada 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Singapura dan Thailand mengeksport bekalan elektrik masing-masing pada kapasiti 500 megawatt (MW) dan 300 MW ke Malaysia sewaktu insiden gangguan bekalan elektrik pada 15 Oktober lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025, yang bertujuan memperkukuh perlindungan terhadap industri tempatan daripada amalan perdagangan tidak adil dari negara luar.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 setelah lapan Ahli Dewan Negara mengambil bahagian membahaskan RUU berkenaan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menetapkan hala tuju pembangunan ekonomi negara dengan memberi tumpuan kepada pengurangan jurang wilayah serta pelaburan strategik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menjadi dokumen penting yang merangka strategi pembangunan negara untuk tempoh lima tahun mendatang dengan tujuan memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam arus global yang kian mencabar.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia memberi tumpuan menarik pelaburan berimpak tinggi dalam sektor teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh baharu dengan nilai keseluruhan pelaburan diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi mencecah RM190.3 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun 2025.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat yang menutup tirai bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 pada Khamis selepas bersidang selama 24 hari terus mencerminkan komitmen kerajaan MADANI.