Terdapat 30 berita berdasarkan kata kunci carian " bonus"

Allianz Life, HSBC Lancar EliteDiamond Bantu Keperluan Perancangan Warisan

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Allianz Life Insurance Malaysia Bhd dan HSBC Bank Malaysia Bhd mengukuhkan perkongsian melalui pelancaran EliteDiamond HSBC, pelan berkaitan pelaburan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perancangan warisan dalam kalangan individu berpendapatan tinggi.

Keputusan Tarif AS Cetus Keyakinan Pasaran, Ketidaktentuan Masih Wujud --Penganalisis

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Sentimen pelabur bertambah baik susulan keputusan Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS) menghalang sebahagian besar tarif Presiden AS, Donald Trump terhadap import ke negara itu.

PNB Umum Agihan Pendapatan, Bonus Sebanyak RM14.5 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencatatkan rekod agihan pendapatan dan bonus sebanyak RM14.5 bilion kepada pemegang unitnya untuk 18 dana Harga Tetap (FP) serta Harga Berubah (VP) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.

Maybank Lancar Maybank Global Access Bagi Perbankan Antarabangsa Patuh Syariah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kumpulan Maybank melancarkan Maybank Global Access, penyelesaian inovatif yang mengintegrasikan akaun pelbagai mata wang patuh Syariah yang dikenali sebagai Maybank Global Access Account-i dengan kad debit Mastercard World Maybank Global Access.

Kumpulan PHB Umum Agihan Pendapatan Interim 2.50 Sen Bagi AHB

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan PHB Asset Management Bhd (PHBAM) mengumumkan agihan pendapatan interim 2.50 sen seunit untuk unit amanah patuh syariahnya, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2025.

Prestasi Kewangan Kukuh LTAT Cerminkan Pengurusan Yang Efektif - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memaparkan prestasi kewangan yang kukuh menerusi pembayaran dividen tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sekali gus mencerminkan keupayaan pengurusannya yang berkesan, kata ahli ekonomi.

Simpanan Konsisten Bantu Mudahkan Urusan Tunai Haji

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Pengumuman agihan keuntungan tahun 2024 oleh Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini seakan menyalakan keceriaan terutamanya buat pendeposit tatkala sambutan Aidilfitri menjelang tiba.

Pendapatan AmBank Dijangka Kekal Kukuh, Bayaran Dividen Diunjur Lebih 40 Peratus - PIVB

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) dijangka mengekalkan pertumbuhan pendapatan kukuh suku ke suku, didorong oleh pengembangan pinjaman berdaya tahan dan perbelanjaan operasi lebih rendah berikutan ketiadaan peruntukan bonus, kata Public Investment Bank Bhd (PIVB).

Dividen LTAT 5.25 Peratus Libatkan RM514.20 Juta, Tertinggi Dalam Tempoh Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen lima peratus dan bonus 0.25 peratus bagi tahun 2024 -- tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Papar Kos Purata Prosedur, Rawatan Biasa Antara Syor Persatuan Insurans Kepada PAC

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Tiga persatuan utama insurans negara telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi meningkatkan kemampuan, ketelusan serta kemampanan dalam sektor penjagaan kesihatan dan insurans Malaysia.

Inventori Terlebih Nyata, Perbelanjaan Terkurang Nyata PR1MA RM42.18 Juta - LKAN

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merekodkan sejumlah RM42.18 juta inventori terlebih nyata dan perbelanjaan terkurang nyata pada tahun kewangan 2023.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kekurangan minat belian selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini walaupun prestasi pasaran serantau lebih baik sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang menggalakkan.