2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) melakarkan kemajuan yang baik dalam hubungan dua hala, dibuktikan dengan pengesahan kehadiran Presiden AS Donald Trump di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia berhasrat mengukuhkan peranan utama ASEAN dalam memandu pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) semasa Mesyuarat Pemimpin RCEP ke-5 minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Malaysia boleh berbangga dengan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN 2025 yang hampir melabuhkan tirai pada akhir tahun ini berikutan telah mendorong inisiatif bagi memacu integrasi serantau, meningkatkan penglibatan dengan rakan dialog serta memperkukuh tonggak ekonomi rantau ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencadangkan agar amalan kawal selia yang baik (GRP) dijadikan sebagai pemacu utama integrasi ASEAN untuk mengukuhkan daya saing serta tarikan pelaburan blok itu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit dijangka mendapat manfaat daripada jangkaan bahawa dolar Amerika Syarikat (AS) akan terus merosot dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi yang berpunca daripada penutupan kerajaan AS.
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Dialog formal antara ASEAN serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang dijadualkan pada 20 Nov 2025, perlu lebih daripada sekadar perbincangan dan mencapai hasil yang bermakna.
3bulan ago
UALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia berperanan penting dalam memajukan landasan ekonomi ASEAN-India selain akan menjadi pusat dalam membentuk kerjasama yang berdaya tahan, terhubung dan mampan untuk dekad akan datang, kata Jitin Prasada.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Rundingan bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Kanada yang masih berterusan bakal dimuktamadkan menjelang tahun depan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) dijangka dimuktamadkan tahun depan, dengan peringkat akhir rundingan akan diteruskan tidak lama lagi, kata Pesuruhjaya Perdagangan EU Maroš Šefčovič.
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Usaha ASEAN dan India untuk menaik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) mencapai kemajuan ketara selepas sembilan pusingan rundingan dijalankan, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes.
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) komited untuk terus meningkatkan kerjasama bagi mengukuhkan daya tahan serantau di tengah-tengah peningkatan perlindungan perdagangan, halangan bukan tarif dan rantaian bekalan yang rapuh ketika ini.
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) melihat terdapat potensi besar dalam menyelaraskan kepentingannya dengan ASEAN dalam usaha mempromosikan prinsip timbal balas sistem perdagangan global, kata Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer.