1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.3 peratus pada 2026, disokong oleh permintaan domestik yang berterusan dan aktiviti pelaburan yang mampan, selain didorong oleh permintaan kukuh bagi produk elektrik dan elektronik serta infrastruktur pusat data.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meningkatkan usaha untuk menyokong pengembangan global pengeksport Malaysia menerusi pelan hala tuju 2026 yang merangkumi 203 program promosi perdagangan berimpak tinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) meningkat 30.0 peratus kepada RM325.2 bilion pada 2024 meskipun berdepan dengan ketidaktentuan dalam landskap perdagangan global, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Indeks nilai seunit eksport Malaysia merosot 0.1 peratus kepada 154.0 mata pada November 2025 berbanding 154.2 mata pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur mendominasi eksport Malaysia, menyumbang 85.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pada November 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melantik Abu Bakar Yusof sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berkuat kuasa hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan kenaikan mendadak, melonjak ke paras tertinggi hampir 15 bulan dan melepasi paras yang tinggi sebelum ini pada 1,660.09 pada 27 Sept 2024, berikutan sentimen domestik semakin baik menjelang aliran portfolio akhir tahun.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia mencatatkan peningkatan pada November 2025, dengan jumlah dagangan meningkat 11.1 peratus kepada RM263.8 bilion daripada RM237.4 bilion.
2bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Portugal muncul sebagai pintu masuk strategik bagi Malaysia untuk meneroka pasaran Kesatuan Eropah (EU), menawarkan kepakaran dalam tenaga boleh baharu, pembuatan, logistik maritim dan perkongsian teknologi, kata Duta Malaysia ke Portugal Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yakin kepimpinan baharu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memperkukuh agenda eksport negara seiring dengan keutamaan pembangunan ekonomi Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Malaysia akan memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada awal tahun depan.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Malaysia memasuki tahun 2025 dalam keadaan kekangan fiskal, pembaharuan subsidi, perdagangan global tidak menentu dan ringgit yang rendah tetapi ekonomi negara terus berkembang walaupun prospek secara keseluruhannya kekal berhati-hati.