BERITA TERKINI   Liga Super: Melaka FC 1-3 Kuching City FC | Liga Super: DPMM FC 0-1 Sabah FC | 

Terdapat 26 berita berdasarkan kata kunci carian " globalisasi"

SuperSiC Adakan Majlis Pecah Tanah Kemudahan Semikonduktor Baharu Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 4 Julai (Bernama) -- SuperSiC (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat kepada Zhejiang Jingsheng Mechanical & Electrical Co Ltd (JSG) melakukan majlis pecah tanah bagi kemudahan pembuatan terbaharunya di Penang Technology Park @ Bertam, menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pengembangan global syarikat itu.

China Harap Dapat Bekerjasama Dengan Semua Pihak Bagi Perkukuh Kerjasama BRICS

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 3 Julai (Bernama) -- China berhasrat dapat bekerjasama dengan semua pihak bagi memperkukuh kerjasama strategik BRICS selain menyumbang secara sewajarnya dalam mempertahankan pendekatan kerjasama pelbagai negara.

Pelan Hala Tuju AEC Bakal Perkukuh Integrasi Dan Daya Tahan Ekonomi - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 akan menggariskan rangka kerja bagi agenda integrasi ekonomi serantau dan meningkatkan ketangkasan dan daya tahannya terhadap kejutan luar.

China, ASEAN Muktamadkan Rundingan CAFTA 3.0 - Kementerian Perdagangan China

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 22 Mei (Bernama) -- China dan ASEAN secara rasminya memuktamadkan rundingan mengenai Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) Versi 3.0, kata Kementerian Perdagangan China.

Sektor Maritim Tidak Kalis Perang Tarif, Syarikat Kecil Terjejas

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor maritim Malaysia termasuk pelabuhan, tidak kalis terhadap impak dari perang tarif, yang berpotensi menjejaskan banyak syarikat kecil jika kos kargo perkapalan melonjak.

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 meningkat sebanyak sembilan peratus kepada RM222.46 juta daripada RM204.51 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bahang ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang melangkaui dimensi ekonomi tradisional turut menyaksikan kemunculan medan tempur baharu yang bukan bersenjatakan tarif atau lebihan dagangan sebaliknya menerusi algoritma serta video-video tular.

Kejutan Tarif Trump: Implikasi Terhadap Malaysia

Oleh Yin Shao Loong

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Tarif yang diumumkan pada 2 April diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) President Donald Trump telah mengejutkan dunia dan menunjukkan perubahan dasar globalisasi daripada pentadbiran AS sebelum ini.

Serangan Tarif Trump: Masa Untuk Asean Ambil Langkah Strategik

Oleh CW Sim 

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pada 3 April 2025, Presiden Donald Trump mengisytiharkan "Hari Pembebasan Amerika" dari White House Rose Garden dan menandatangani perintah eksekutif untuk melancarkan rejim tarif global yang lebih meluas.

Malaysia Kaji Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Susulan Penerimagunaan SNA 2025

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Malaysia dijangka menghalusi unjuran pertumbuhan ekonomi susulan penerimagunaan Sistem Akaun Negara 2025 (SNA 2025) bagi meningkatkan ketepatan dan rangka kerja statistik yang lebih komprehensif, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Strategi Globalisasi Malaysia Akan Bantu PKS Hadapi Cabaran Tarif AS

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Strategi globalisasi Malaysia akan membantu kalangan pengeksport terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menghadapi cabaran tarif Amerika Syarikat (AS), menurut Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia).

Malaysia Perlu Rebut Peluang Perdagangan Luar Untuk Imbangi Halangan Perdagangan AS

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu sentiasa mencari peluang baharu untuk mengukuhkan hubungan perdagangan luarnya bagi mengurangkan kesan daripada halangan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI).