Terdapat 20 berita berdasarkan kata kunci carian " hab kewangan"

PwC Malaysia Pindah Ke TRX, Perkukuh Status KL Sebagai Hab Kewangan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kehadiran PricewaterhouseCoopers Malaysia Holdings Sdn Bhd (PwC Malaysia) sebagai penyewa utama di Tun Razak Exchange (TRX) menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha meletakkan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama perniagaan global serta memperkukuh ekosistem Pusat Kewangan Antarabangsa (IFC) Malaysia itu.

Malaysia Boleh Pacu Sinergi ASEAN-China Capai 'Abad Asia' - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Malaysia boleh memacu sinergi ASEAN-China untuk mencapai ‘Abad Asia’ (era dominan Asia pada abad ke-21), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

SC Sedia Bekerjasama Maju Malaysia Sebagai Hab Kewangan Digital Inovatif, Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bersedia bekerjasama dengan semua agensi berkaitan, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) untuk terus membangunkan Malaysia sebagai hab kewangan digital yang inovatif dan bertanggungjawab.

Penambahbaikan Peraturan Dapat Perkukuh Kedudukan Malaysia Dalam Penilaian FATF

LABUAN, 19 Dis (Bernama) -- Empat rang undang-undang (RUU) yang diluluskan di Dewan Negara bagi mengawal selia aktiviti perniagaan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) semalam, dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia menjelang penilaian Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) keempat pada Februari 2025.

Labuan FSA Perkukuh Teknologi Kewangan Islam

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 8 Nov (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) sedang mengukuhkan landskap kewangan Islam dan digital dengan pelancaran pelan induk blockchain (lejer digital terbuka) patuh Shariah dan insentif cukai baharu bertujuan menjadikan Labuan sebagai hab kewangan digital terkemuka.

IDAC Labuan Diunjur Raih US$1 Bilion Menerusi Aset Digital Patuh Syariah

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 8 Nov (Bernama) -- Pusat Aset Digital Islam (IDAC) Labuan yang dilancarkan pada 2022, berjaya mencatat pencapaian bermakna dengan aset digital terkumpulnya mencecah US$820 juta, setakat ini.

Asia International Exchange Labuan Lancar Platform Aset Digital

LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Asia International Exchange (AIX) mencatat peristiwa penting hari ini apabila menyempurnakan prapelancaran platform aset digitalnya yang menjadikan Labuan sebagai hab teknologi kewangan (fintech) utama di rantau ini.

Ekonomi Digital Dijangka Capai Unjuran Sumbangan 25.5 Peratus Kepada KDNK Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo yakin ekonomi digital akan mencapai atau melebihi unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang akhir 2025 berikutan keupayaan Malaysia untuk terus menarik pelabur.