BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI kukuh, terus laksana agenda pembangunan negara - PM Anwar | 

Terdapat 29 berita berdasarkan kata kunci carian " industri insurans"

PAC Teruskan Lima Lagi Prosiding Tertutup Sebelum Bentang Laporan Di Dewan Rakyat

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan lima lagi prosiding tertutup bulan ini berhubung peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam sebelum menyediakan laporan penuh.

Allianz Life Perkasa Usaha Kesaksamaan Gender Menerusi #SheSecures

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Allianz Life Insurance Malaysia Bhd (Allianz Life) kini memperkukuh komitmennya dalam pemerkasaan dan mengangkat golongan wanita dengan memperluas jangkauannya di Malaysia menerusi program eksklusif #SheSecures.

PAMB Tegaskan Komitmen Terhadap Langkah Interim BNM

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) menegaskan komitmen sepenuhnya terhadap langkah-langkah interim Bank Negara Malaysia (BNM) di sebalik laporan baru-baru ini ia menaikkan premium insurans kesihatan.

Permohonan Lesen Penanggung Insurans Dan Pengedali Takaful Digital Dibuka Sehingga 31 Dis, 2026 - BNM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Permohonan bagi lesen penanggung insurans dan pengendali takaful digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Perbezaan Caj Hospital Swasta Jadikan Insurans Perubatan Tidak Mampan - NAMLIFA

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Persatuan Kebangsaan Insurans Hayat Malaysia dan Penasihat Takaful Keluarga (NAMLIFA), menggesa kerajaan untuk menangani isu perbezaan harga ketara antara pesakit yang mempunyai polisi insurans dengan mereka yang membayar secara tunai di hospital swasta.

Etiqa Life Insurance Lantik Leong Su Yern Sebagai Ceo Baharu

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Etiqa Life Insurance Bhd (ELIB) mengumumkan pelantikan Leong Su Yern sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya, berkuat kuasa 1 Jan, 2025.

Industri Insurans Raih Perhatian Berikutan Premium Perubatan Naik Mendadak

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Penilaian terhadap prestasi industri insurans pada 2024 pastinya perlu mengambil kira maklum balas negatif yang diterima industri insurans dan takaful selepas mengumumkan kenaikan mendadak premium insurans perubatan.

Langkah-langkah Interim Tangani Kesan Pelarasan Premium Akan Dipantau Untuk Jamin Keberkesanan

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Pelaksanaan langkah-langkah interim bagi menangani kesan pelarasan premium produk insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) akan dipantau secara berterusan bagi menjamin keberkesanannya.

LIAM Masih Berbincang Dengan BNM Berkaitan Kenaikan Premium Insurans Perubatan Baru-baru Ini

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata ia sedang berbincang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai langkah-langkah boleh diambil untuk meringankan beban pemegang polisi akibat daripada peningkatan dalam tuntutan yang tidak pernah berlaku sejak beberapa tahun lepas.

Takaful Malaysia Komited Dalam Agenda Digital, Inisiatif Kemampanan Perniagaan

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd komited terhadap agenda digital dengan menumpukan pelaburan dalam teknologi dan inovasi digital untuk memastikan kemampanan perniagaannya pada masa hadapan.

CEO LIAM Mark O’Dell Dipilih Penerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Mark O’Dell dipillih sebagai penerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup pada majlis Anugerah Industri Insurans Asia 2024.

Inflasi Kos Tuntutan Perubatan Industri Insurans, Takaful Malaysia 56 Peratus Dari 2021-2023

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Industri insurans dan takaful Malaysia menyaksikan kadar inflasi kos tuntutan perubatan kumulatif yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu sebanyak 56 peratus dalam tempoh 2021 hingga 2023.