2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) industri automotif dijangka susut 2.0 peratus tahun ke tahun kepada 774,000 unit pada 2026 daripada 790,000 unit pada 2025, terjejas oleh beberapa cabaran.
3hari ago
KEPALA BATAS, 28 Dis (Bernama) -- Malaysia mencatatkan nilai eksport negara mencecah RM1.45 trilion bagi tempoh Januari hingga November tahun ini, manakala jumlah dagangan keseluruhan mencapai RM2.77 trilion bagi tempoh sama.
3hari ago
GEORGE TOWN, 28 Dis (Bernama) -- Projek naik taraf Stesen KTM Butterworth dan pembesaran Terminal Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) berpotensi menjadi pemangkin penting ke arah mencapai pembangunan lebih seimbang antara bahagian pulau dan Seberang Perai.
4hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan susulan pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal positif minggu depan seiring dengan kenaikan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) berikutan minggu dagangan yang singkat sempena cuti umum sambutan Tahun Baharu.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun harga mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada awal sesi dagangan Jumaat.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Jumaat meskipun prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada hari ini.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Pelarasan tarif asas kemudahan gas bagi Tempoh Kawal Selia Ketiga (RP3) dari Januari 2026 hingga Disember 2028 tidak menyebabkan peningkatan harga gas keseluruhan kepada pengguna akhir dalam tempoh terdekat, menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
7hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan MSM di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Rabu, berikutan jangkaan pengeluaran yang lebih lemah memberikan sokongan meskipun terdapat sentimen bercampur-campur dalam pasaran, kata peniaga minyak sawit David Ng.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas ia menjejaki keuntungan di COMEX Amerika Syarikat.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan hari ini meneruskan kenaikannya bagi sesi dagangan kelima berturut-turut susulan penyertaan kukuh dalam pasaran dan sentimen domestik yang semakin baik.