9bulan ago
SEPANG, 25 Mac (Bernama) -- AirAsia menjangkakan tahun kewangan 2025 menjadi tempoh “bullish” atau tahun peningkatan kukuh, dipacu pemulihan yang positif, pengembangan strategik dan kecekapan operasi.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Presiden Boeing Global Brendan Nelson mengumumkan syarikat itu akan meningkatkan tenaga kerjanya di Malaysia sebanyak 20 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang bertujuan mengukuhkan komitmennya terhadap industri aeroangkasa negara.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) membuat tempahan tinggi melibatkan 30 pesawat Boeing 737, meliputi 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 dengan kuasa enjin CFM LEAP-1B, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Industri penerbangan Malaysia dalam proses pemulihan dan membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan pengembangan yang berterusan, selaras dengan sektor penerbangan di rantau ini yang pulih secara keseluruhannya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Gangguan dalam perniagaan kekal menjadi kebimbangan utama bagi risiko perniagaan di Malaysia tahun ini, di samping kebakaran dan letupan, serta perubahan dalam perundangan dan peraturan, menurut laporan Allianz Risk Barometer 2025.
1tahun ago
SEPANG, 23 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd sedang mengadakan perbincangan dengan pengeluar pesawat Airbus, Embraer dan Comac untuk membeli pesawat baharu sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan bagi operasi syarikat penerbangannya di bawah jenama AirAsia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Airbus telah memberi jaminan untuk memberi sokongan penuh kepada Malaysia Airlines yang bertindak menggantung operasi sebuah pesawat baharu Airbus A330neo (pilihan enjin baharu) selama sekurang-kurangnya 48 jam selepas melakukan penerbangan sulung ke Melbourne pada 19 Disember lepas.
1tahun ago
SEPANG, 4 Dis (Bernama) -- Asia Digital Engineering (ADE) menyasar untuk mengembangkan jejak antarabangsa dengan rancangan memberi perkhidmatan kepada syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh terdekat, sementara menunggu kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines telah menerima penghantaran pesawat A330neo pertamanya, menurut Airbus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Permintaan untuk pengangkutan udara dijangka secara puratanya meningkat 4.3 peratus setiap tahun untuk tempoh 20 tahun akan datang, berikutan pemulihan dalam industri penerbangan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Capital A Bhd mempunyai ekuiti yang positif dan optimis dapat keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang akhir Disember tahun ini.
1tahun ago
MANILA, 2 Okt (Bernama) -- Penerbangan perniagaan di Asia Pasifik mempunyai peluang pertumbuhan yang luas, antaranya Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Malaysia, dan sektor itu dijangka mencatat prospek optimis tahun depan, menurut Majlis Penerbangan Perniagaan Antarabangsa (IBAC).