Terdapat 99 berita berdasarkan kata kunci carian " mata wang serantau"

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Harga Minyak Kukuh

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disokong harga minyak mentah yang lebih kukuh susulan kebimbangan mengenai bekalan selepas  AS dan Kesatuan Eropah kenakan sekatan ke atas pengeluar minyak utama Rusia.

Pembuktian Konsep Mata Wang Digital Bank Pusat Dijangka Selesai Akhir Tahun Ini - MOF

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka selesai melaksanakan pembuktian konsep untuk mata wang digital bank pusat (CBDC) borong domestik menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa didorong oleh minat belian yang diperbaharui.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peningkatan 0.70 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 98.406 mata.

Ringgit Dijangka Diniaga Dalam Jajaran 4.21 - 4.23 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil iaitu antara RM4.21 hingga RM4.23 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, disokong oleh permintaan terhadap mata wang tempatan serta pembentangan data ekonomi utama AS.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar As Didorong Ketidaktentuan Penurunan Kadar Fed

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu, dengan ketidaktentuan mengenai hala tuju kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memberi tekanan kepada mata wang tempatan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Seiring Mata Wang Serantau Kukuh

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, menjejaki prestasi mata wang serantau yang lebih kukuh walaupun dolar AS meneruskan kekuatannya.

Ringgit Ditutup Rendah Menjelang Mesyuarat MPC BNM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah pada Selasa apabila sentimen pasaran kekal berhati-hati selain para peniaga bersedia menghadapi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis bagi menilai penilaian ekonomi terkini.

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Simposium Jackson Hole

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi minggu ini berbanding mata wang serantau, tetapi menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang Simposium Dasar Ekonomi Jackson Hole lewat hari ini, apabila peniaga menunggu isyarat mengenai dasar monetari AS.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin dalam sentimen berhati-hati mengenai hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Dolar AS Terus Melemah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh minggu ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kelemahan berterusan dolar AS susulan Indeks Harga Pengeluar (IHP) AS lebih tinggi daripada jangkaan pada Julai gagal memberikan sokongan berkekalan kepada mata wang itu.

Ringgit Ditutup Rendah Selepas Tiga Hari Kenaikan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah hari ini, mengakhiri kenaikan selama tiga hari berturut-turut berikutan aktiviti pengambilan untung, apabila para peniaga memilih untuk mengunci keuntungan yang diterima sebelum ini.