2hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ringgit serta mata wang serantau yang lain ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila pelabur di peringkat global dan serantau kembali beralih kepada pelaburan selamat ekoran ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat yang berterusan.
2hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini menjejaki kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ringgit yang lebih kukuh dan kos input yang terkawal dijangka mengekalkan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dalam deflasi sederhana pada 2026, pada -2.2 peratus berbanding -2.0 peratus tahun lepas, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (KIBB).
2hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, meneruskan kenaikan susulan niaga hadapan getah Jepun yang meningkat dan harga fizikal komoditi yang kukuh di Thailand.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Indeks nilai unit eksport Malaysia pada Februari 2026 menurun sedikit sebanyak 0.01 peratus kepada 153.11 mata berbanding 153.12 mata pada Januari, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 3.4 peratus tahun ke tahun pada Februari 2026 selepas penurunan 2.9 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Peralihan Malaysia ke arah kenderaan elektrik (EV) mungkin akan dipercepatkan disebabkan oleh kenaikan harga minyak mentah terutamanya dalam kalangan pembeli segmen enjin pembakaran dalaman (ICE) premium, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, mengatasi prestasi pasaran serantau apabila sentimen pasaran bertambah baik susulan langkah penyelarasan subsidi bahan api kerajaan, yang menyokong kestabilan fiskal dan kemampuan isi rumah di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan di Asia Barat.
3hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut berikutan langkah kerajaan Malaysia melaksanakan pendekatan pragmatik terhadap subsidi bahan api dengan mengimbangi disiplin fiskal dan kebimbangan kos sara hidup di tengah ketegangan Asia Barat.
3hari ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pengumuman kerajaan mengenai penyelarasan sementara kuota subsidi bulanan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada 200 liter daripada 300 liter sebulan yang akan dilaksanakan pada April wajar diterima dengan hati terbuka serta rasional oleh rakyat Malaysia.
3hari ago
PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) -- Kerajaan menanggung subsidi petrol dan diesel yang dianggarkan mencecah RM4 bilion sebulan di bawah pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel, susulan peningkatan harga minyak mentah global.
3hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pelarasan kuota bulanan petrol bersubsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada 200 liter daripada 300 liter dilihat sebagai langkah sementara yang perlu bagi mengurus tekanan subsidi susulan lonjakan harga minyak global akibat konflik berterusan di Asia Barat.