1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kapasiti penggunaan industri pembuatan Malaysia mencapai 81.8 peratus pada suku pertama 2025, meningkat sebanyak 1.0 mata peratus daripada 80.8 peratus berbanding suku sama pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
1bulan ago
PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Produktiviti buruh per jam bekerja meningkat 1.0 peratus pada suku tahun (ST) pertama 2025, mencatatkan RM42.5 setiap jam, menurut penerbitan Statistik Produktiviti Buruh Malaysia, Suku Tahun Pertama 2024 yang dikeluarkan hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia merekodkan lebihan Imbangan Akaun Semasa (CAB) sebanyak RM16.7 bilion pada suku pertama 2025 bersamaan dengan 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) -- Permintaan buruh Malaysia terus berkembang sebanyak 1.4 peratus pada suku tahun pertama (ST1) tahun ini dengan mencatatkan 9.06 juta jawatan berbanding 8.94 juta pada suku sama tahun lepas, menurut Statistik Guna Tenaga, Suku Tahun Pertama 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia susut 20.3 peratus kepada 28,712 tan pada Mac 2025 berbanding 36,005 tan pada Februari 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Sektor perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM154 bilion pada Mac 2025, menandakan pertumbuhan 5.7 peratus dari tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Sektor perkhidmatan Malaysia meningkat sebanyak 6.0 peratus dari tahun ke tahun pada suku pertama 2025 sehingga mencapai pendapatan RM630 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia pada suku pertama 2025 mencatatkan pertumbuhan nilai kerja pembinaan sebanyak 16.6 peratus tahun ke tahun dengan nilai berjumlah RM42.9 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Indeks harga pasir mencatatkan peningkatan iaitu antara 0.1 peratus hingga 3.8 peratus bagi kebanyakan kawasan di Malaysia pada April 2025 berbanding bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Mac 2025 mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks harga pengeluar perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat 0.6 peratus pada suku pertama 2025 berbanding 0.5 peratus pada suku keempat 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 3.7 peratus kepada RM164.3 bilion pada Mac 2025 berbanding 4.7 peratus kepada RM153.1 bilion pada Februari 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).