Terdapat 34 berita berdasarkan kata kunci carian " onn hafiz ghazi "

Kerjasama Invest Johor Dan NEOJAPAN Dijangka Wujud 300 Pekerjaan, Gaji Bermula RM4,000 - MB Johor

JOHOR BAHRU, 25 Jun (Bernama) -- Kerjasama antara kerajaan negeri Johor melalui Invest Johor dan syarikat teknologi Jepun, NEOJAPAN Inc. dimeterai baru-baru ini dijangka mewujudkan 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji bermula RM4,000 untuk graduan baharu.

IMFC-J Terima Lebih 400 Pertanyaan Pelaburan, Komitmen Pelaburan Bernilai RM16.71 Bilion

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) -- Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia-Johor (IMFC-J) menerima sejumlah 439 pertanyaan berkaitan pelaburan dalam masa hanya lima bulan sejak pelancarannya pada Februari tahun ini.

IIBD Pemangkin Transformasi Johor Bahru Sebagai Hab Perniagaan Dunia

JOHOR BAHRU, 13 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan Ibrahim International Business District (IIBD) bakal mentransformasikan pusat bandar Johor Bahru sebagai hab perniagaan bertaraf dunia, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor. 

Johor Berjaya Cipta 33,000 Peluang Pekerjaan Hasil Daripada Pelaburan Tertinggi

JOHOR BAHRU, 12 Jun (Bernama) -- Johor berjaya menghasilkan 33,000 peluang pekerjaan baharu, meningkatkan pemindahan teknologi dan kepakaran serta mengukuhkan daya saing ekonomi negeri berikutan berjaya menarik pelaburan berkualiti tinggi dan berteknologi maju. 

Johor Catat FDI RM27.4 Bilion Pada Suku Pertama 2025, Disokong Oleh Momentum JS-SEZ

KOTA TINGGI, 5 Jun (Bernama) -- Impak Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sudahpun mula dapat dilihat dengan Johor merekodkan RM27.4 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada suku pertama tahun ini.

Johor Yakin Capai FDI Hampir RM60 Bilion Menjelang Suku Kedua 2025

JOHOR BAHRU, 9 Mei (Bernama) -- Johor yakin dapat mencapai pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah hampir RM60 bilion menjelang suku kedua tahun ini.

JS-SEZ Tawar PKS Potensi Teroka Lebih Luas Pasaran Serantau – Tengku Zafrul

JOHOR BAHRU, 21 April (Bernama) – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kerana berpotensi meraih manfaat besar daripada kesan limpahannya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

JS-SEZ Bakal Perkukuh Daya Tahan Rantaian Bekalan ASEAN – Tengku Zafrul

JOHOR BAHRU, 21 April  (Bernama) --  Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal membantu meningkatkan lagi kecekapan dan daya tahan rantaian bekalan ASEAN, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Paris Baguette Berkembang Di Malaysia Dengan Kilang Bakeri Halal Baharu

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Hab makanan baharu yang diperakui halal dan dibangunkan SPC Group di Johor mampu memainkan peranan penting dalam pengembangan global syarikat itu selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri makanan halal antarabangsa.

ST Telemedia Singapura Adakan Majlis Pecah Tanah Pusat Data Pertama Di Johor 

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- ST Telemedia Global Data Centres (STT GDC) yang beribu pejabat di Singapura mengadakan majlis pecah tanah hari ini bagi kemudahan pusat data pertamanya di Johor.

Kerajaan Johor Rangka Pelan Induk Bagi JS-SEZ - Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI, 19 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor ketika ini sedang merangka pelan induk bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

MDEC Sasar Sumbangan Ekonomi Digital 25.5 Peratus Kepada KDNK Malaysia Pada Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Fariz Fadzil.