Terdapat 28 berita berdasarkan kata kunci carian " pembesaran"

LHDN Tumpu Pelaksanaan E-Invois, Pembesaran Asas Cukai Dan Inisiatif Baharu

CYBERJAYA, 10 Mac (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memberi tumpuan utama kepada pelaksanaan e-Invois, pembesaran asas cukai, aktiviti penguatkuasaan, tadbir urus korporat cukai serta cukai minimum global pada tahun ini.

Kerajaan Utamakan Keterangkuman, Pastikan 'Kek' Ekonomi Dikongsi Secara Adil

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kerajaan sentiasa menitikberatkan elemen keterangkuman dengan memastikan kekayaan negara dapat dinikmati secara adil oleh semua lapisan masyarakat dan mendapat faedah daripada agihan 'kek' ekonomi atau manfaat pembangunan negara.

AEON, KIP REIT Meterai MoU Untuk Pembesaran AEON Mall Kinta City

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Aeon Co (M) Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Pacific Trustees Bhd, pemegang amanah KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) untuk pembesaran Aeon Mall Kinta City di Perak.

EPIC Berhad Raih Pendapatan RM403.8 Juta Pada 2024, Tertinggi Dalam Sejarah Syarikat

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC Berhad) anak syarikat kerajaan negeri Terengganu meraih pendapatan berjumlah RM403.8 juta bagi tahun kewangan 2024, yang merupakan pencapaian tertinggi dalam sejarah syarikat.

ECERDC Peroleh RM13.4 Bilion Dalam Pelaburan Direalisasikan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah memperoleh RM13.4 bilion dalam pelaburan yang direalisasikan untuk 2024, berkembang 56 peratus berbanding sebanyak RM8.6 bilion pada 2023.

Pulau Pinang Catat RM22.6 Bilion Pelaburan Diluluskan Sehingga Suku Ketiga 2024

GEORGE TOWN, 31 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan yang memberangsangkan dalam sektor perindustrian pada 2024 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM22.6 bilion sehingga suku ketiga tahun ini.

2024: Tempoh Yang Sibuk, Masih Bergelora Bagi Pengendali Pelabuhan, Industri Perkapalan

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- 2024 merupakan tempoh yang sibuk bagi pelabuhan di Malaysia apabila kalangan pengendalinya mengemudikan dan meneruskan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur berintensif modal.

Projek Utama Catat Kemajuan Pesat, Ubah Landskap Pengangkutan Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) – Landskap infrastruktur Malaysia sedang mengalami perubahan besar dengan projek pengangkutan utama memacu kesalinghubungan dan pertumbuhan yang lebih besar. 

AFA Sasar Pertumbuhan Tahunan Sehingga Tiga Peratus Dipacu Projek Infrastruktur Strategik

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- AFA Infrastructure and Development Sdn Bhd (AFA) menyasarkan pertumbuhan hasil tahunan sebanyak dua hingga tiga peratus, didorong oleh projek infrastruktur strategik dan struktur operasi disatukan yang bertujuan untuk meningkatkan rangkaian pengangkutan Malaysia.

Produk Minuman Life Water Tidak Terjejas Dengan Cukai Gula

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan cukai gula yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 tidak akan menjejaskan produk minuman berkarbonat yang dikeluarkan oleh Life Water Bhd.

Hartalega Catat Penurunan Dalam Untung Bersih Suku Kedua Kepada RM8.63 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM8.63 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept, 2024 (tahun kewangan 2025) daripada RM27.70 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Supreme Consolidated Sasar Kumpul RM17.5 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Supreme Consolidated Resources Bhd (SCRB) yang memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia, menyasarkan untuk mengumpul RM17.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).