9hari ago
KUALA LUMPUR, 1April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) terus menambahbaik infrastruktur teknologinya, kawalan keselamatan siber, dan proses operasi bagi memperkukuh daya tahan sistem serta melindungi maklumat pelanggan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan maklumat pelanggan dan keselamatan siber pada 20 Januari 2026.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street, susulan sentimen pelabur yang bertambah baik berikutan jangkaan konflik di Asia Barat mungkin reda dalam masa terdekat.
10hari ago
PUTRAJAYA, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan membangkitkan isu-isu berkaitan krisis tenaga global yang sedang berlaku ke Kabinet untuk pertimbangan lanjut, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank pusat perlu berkembang menjadi arkitek berdaya tahan dalam landskap global yang sentiasa berubah dan bukan sekadar menjadi penjaga kestabilan walaupun peranan itu masih penting, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memberi isyarat tiada keperluan segera bagi pelaksanaan pakej rangsangan secara meluas berikutan konflik Asia Barat ketika ini.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Sistem kewangan Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025, disokong persekitaran pengawalseliaan yang berhemat dan teguh, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
11hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Keuntungan sektor insurans dan takaful Malaysia mencatatkan penurunan kepada RM4.6 bilion pada separuh tahun kedua 2025 (ST2 2025) berbanding RM4.8 bilion pada separuh pertama 2025 (ST1 2025), walaupun prestasi pelaburan ekuiti bertambah baik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Risiko siber kekal menjadi keutamaan bagi institusi kewangan berikutan ancamannya yang semakin canggih serta memberi kesan terhadap aspek operasi, prestasi kewangan serta reputasi menjelang 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
11hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed & Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara empat peratus dan lima peratus tahun ini berbanding 5.2 peratus pada tahun lepas, dengan daya tahan Malaysia pada peringkat dalam negeri dan struktur eksport yang pelbagai memberikan asas yang kukuh untuk mengharungi rintangan luaran semasa terutamanya daripada konflik di Asia Barat.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Vantris Energy Bhd melonjak kepada RM3.73 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2026 (TK2026), berbanding RM189.53 juta pada TK2025.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Malaysia kekal berada dalam kedudukan yang baik untuk berdepan tekanan fiskal yang semakin meningkat apabila harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 setong, menurut penganalisis.