Terdapat 274 berita berdasarkan kata kunci carian " penasihat"

AirAsia Derma 15 Peso Bagi Setiap Tempat Duduk Terjual Untuk 'To The Philippines With Love'

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- AirAsia akan mendermakan 15 peso (100 peso = M6.98) bagi setiap tempat duduk yang terjual dari 15 Nov, 2025 hingga 14 Jan, 2026 untuk menyokong program bantuan dan pemulihan taufan di Filipina.

LAC Med Berhasrat Kumpul RM55.6 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Peranti perubatan dan penyedia penyelesaian bersepadu, LAC Med Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM55.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 10 Disember 2025. 

Petronas Lantik Maimunah Mohd Sharif Penasihat Hartanah, Berkuat Kuasa 17 Nov 2025

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Petronas melantik Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Penasihat Hartanahnya, berkuat kuasa 17 Nov 2025.

IPO Polymer Link Terlebih Langgan 48.74 Kali

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) Polymer Link Holdings Bhd telah terlebih langgan sebanyak 48.74 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Nov.

Khidmat Tengku Zafrul Sebagai Menteri MITI Berakhir Pada 2 Disember 2025

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengakhiri perkhidmatan beliau berkuat kuasa pada 2 Disember 2025.

Bursa Malaysia Lancar Platform Thoughtstream Galak Penyelidikan Pasaran Bebas

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd melancarkan ThoughtStream, platform digital baharu bagi menggalakkan pelabur, penyelidik, pelajar dan penggiat pasaran berkongsi penyelidikan serta pandangan bebas mereka mengenai syarikat tersenarai dan trend pasaran.

PNB Merdeka Ventures Terbit Sukuk Lestari Korporat Terbesar Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd berjaya melaksanakan terbitan sulung Sukuk Wakalah Merdeka Lestari di bawah Program Sukuk Wakalah Merdeka sehingga RM6 bilion nilai nominal sebagai sebahagian daripada strategi kepelbagaian pembiayaannya.

Wasco Greenergy Memeterai Perjanjian Dengan CIMB IB Dan Maybank IB Menjelang IPO

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd (Greenergy) telah memeterai perjanjian pengunderaitan dengan CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) dan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Agenda Mampan, Pendigitalan Berterusan Jamin Daya Tahan Pertumbuhan ASEAN - ACCA

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ketika Malaysia menutup tirai Kepengerusian ASEAN dengan penganjuran Sidang Kemuncak 2025, momentum mengenai kemampanan dan pendigitalan kini perlu diterjemahkan kepada  tindakan jangka panjang melalui pembangunan kapasiti, tadbir urus yang beretika, dan piawaian bersama untuk memastikan pertumbuhan rantau ini kekal berdaya tahan dan inklusif.

Industri Takaful Catat Aset RM62.54 Bilion Sejak 2020 Hingga Pertengahan 2025 - MTA

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Industri takaful Malaysia mencatatkan aset sebanyak RM62.54 bilion sehingga pertengahan 2025, dengan peningkatan hampir dua kali ganda berbanding RM41.87 bilion pada 2020.

Pendekatan Seimbang, Letakkan Negara Sebagai Jambatan Hubung Pelbagai Blok Ekonomi - PM Anwar

Daripada Nor Baizura Basri

GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan seimbang Malaysia yang mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat dan China, berjaya meletakkan negara sebagai jambatan yang menghubungkan pelbagai blok ekonomi di rantau ini.

EWI Capital Labur A$100 Juta Dalam Dana Pejabat Australia

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh EWI Capital Bhd, EWI Investment Holdings Ltd telah membuat peralihan strategik ke arah pemegangan pelaburan dengan komitmen sebanyak A$ 100 juta (RM276.5 juta) sebagai pelabur utama dalam Dana Pejabat Austarlia TrustCapital No 3 (Dana).