BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 0-1 Kuching City FC | 

Terdapat 28 berita berdasarkan kata kunci carian " penyata kewangan"

Yuran Penyenggaraan : Culas Bayar, ‘Bom Jangka’ Bakal Cetus Padah Besar

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Isu culas atau kegagalan melunaskan bayaran yuran penyenggaraan adalah krisis berpanjang yang jika tidak ditangani, boleh menjadi bom jangka yang memberi ancaman besar ke atas nilai hartanah serta persekitaran tempat tinggal.

Kajian Pertimbang Kebolehlaksanaan Pelaporan Terperinci Insurans Perubatan Akan Dilaksana

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kajian lebih mendalam akan dijalankan bagi mempertimbangkan kebolehlaksanaan pelaporan terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Inventori Terlebih Nyata, Perbelanjaan Terkurang Nyata PR1MA RM42.18 Juta - LKAN

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merekodkan sejumlah RM42.18 juta inventori terlebih nyata dan perbelanjaan terkurang nyata pada tahun kewangan 2023.

Sistem e-SelfAudit Atasi Kegagalan CEO Syarikat Milik Kerajaan Urus Operasi - PM Anwar

PUTRAJAYA, 6 Feb (Bernama) -- Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.

Ancaman Jenayah Siber Dikuasakan AI Melonjak Pada Musim Tahun Baru Cina - Fortinet

KUALA LUMPUR, 27 Jan  (Bernama) -- Penjenayah siber dikesan memanfaatkan musim perayaan Tahun Baru Cina (CNY) untuk melakukan jenayah siber yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dengan menyasarkan pengguna yang kurang peka dan perniagaan yang berisiko.

Kriteria Baharu Pengecualian Audit Bagi Syarikat Persendirian Berkuat Kuasa 1 Jan 2025 - SSM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kriteria baharu bagi pengecualian audit penyata kewangan untuk syarikat persendirian akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan, 2025.

Untung Bersih MBSB Meningkat Kepada RM122.08 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM122.08 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM32.84 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Kerajaan Hanya Pinjam Untuk Biaya Defisit Fiskal, Hutang Matang - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan hanya membuat pinjaman untuk membiayai defisit fiskal dan hutang yang matang bagi sentiasa memastikan ia tidak meminjam secara berlebihan. 

Sebanyak RM27.17 Bilion Dana berkaitan Syarikat 1MDB Diperoleh Semula Sehingga 30 Sept 2024

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah berjaya mendapatkan kembali sejumlah RM27.17 bilion dana berkaitan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat 30 Sept 2024, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Objektif Strategik Astronautic Technology Sdn Bhd Telah Dicapai - MoF

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) --  Secara dasarnya objektif strategik Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB), syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) telah dicapai apabila membangunkan dan melancarkan satelit penderiaan jauh mikro TiungSAT-1 pada 26 Sept, 2000.

Kerajaan Persekutuan Salur Geran Berjumlah RM39.74 Bilion Kepada 1MDB - Laporan Audit

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan geran berjumlah RM39.74 bilion kepada syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi tempoh 2019 hingga 2023. 

Kerajaan Persekutuan Salur Geran Berjumlah RM39.74 Bln Kepada 1MDB - Laporan Audit

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan geran berjumlah RM39.74 bilion kepada syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi tempoh 2019 hingga 2023.