Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian " perjanjian perdagangan"

Strategi Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN Pada 2025 Perkukuh Rantaian Nilai Serantau

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

VIENTIANE, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia telah menggariskan tiga strategi untuk ASEAN apabila ia mengambil alih jawatan pengerusi perkumpulan tersebut pada 2025, termasuk mengukuhkan rantaian nilai serantau dan kerjasama kawal selia.

Perpaduan Akan Bantu ASEAN Jadi Lebih Kompetitif Di Persada Global - Tengku Zafrul

VIENTIANE, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia menggariskan tiga strategi utama untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi ASEAN memandangkan pengembangan global dijangka menjadi lemah dalam keadaan inflasi yang tidak menentu, peningkatan ketegangan geopolitik dan juga pemecahan geoekonomi. 

Lawatan Negara Anwar Ke Pakistan Raih Potensi Perdagangan RM2.65 Bilion - Tengku Zafrul

ISLAMABAD, 4 Okt (Bernama) -- Lawatan negara tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan berjaya meraih potensi perdagangan bernilai RM2.65 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Belanjawan 2025: Perlu Tambah Baik Lanjutan Ke Atas Dasar Perdagangan Antarabangsa - Pakar

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kerajaan diharapkan dapat mengumumkan inisiatif penambahbaikan lanjutan terhadap dasar perdagangan antarabangsa Malaysia terutama melibatkan rantau ASEAN untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi pembentangan Belanjawan 2025.

Kepimpinan AIBC Mahu Tingkatkan Perdagangan, Hubungan Pelaburan ASEAN-India

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Kepimpinan Majlis Perniagaan ASEAN-India (AIBC) yang baharu dilantik mengesahkan komitmennya untuk menggalakkan kerjasama sektor swasta dalam perdagangan dan pelaburan, selaras dengan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025.

Malaysia Sertai Enam Negara Ratifikasi Penyertaan UK Dalam CPTPP

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia secara rasmi meratifikasi penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), sekali gus menandakan perjanjian perdagangan bebas dua hala pertama negara ini dengan UK.

MIHAS Sertai Pameran Di Dubai November Ini, Sasar Jualan Eksport RM1 Bilion - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) akan melangkaui sempadan domestik melalui penampilan sulungnya di luar negara iaitu MIHAS@Dubai dengan sasaran jualan eksport sebanyak RM1 bilion pada 18 hingga 20 November depan.