Terdapat 1573 berita berdasarkan kata kunci carian " perladangan"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pelabur Kekal Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan aktiviti dagangan yang suram, dengan peserta pasaran terus menilai persekitaran makroekonomi dan geopolitik secara keseluruhan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Ketika Kurangnya Pemangkin Baharu

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit dalam dagangan awal pada Rabu dalam keadaan ketiadaan pemangkin pasaran baharu, dengan aktiviti pengambilan untung dijangka berlaku hari ini.

Malaysia, China Kongsi Peluang Besar Dalam Kerjasama Minyak Sawit Lebih Kukuh - Noraini

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia dan China berkongsi peluang besar dalam memperkukuh kerjasama industri nilai tambah berasaskan minyak sawit, khususnya ketika permintaan terus meningkat terhadap produk berasaskan sawit mampan, dipacu prestasi dan penggunaan khusus.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Pembelian Saham Mewah Semasa Harga Murah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu pembelian saham mewah terpilih ketika harga murah selepas dua sesi dagangan terakhir sebelum ini ditutup rendah, kata penganalisis.

KPK Terus Fokus Teknologi, Inovasi Pacu Industri Agrikomoditi Negara

SEREMBAN, 12 Mei (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan terus menumpukan kepada penggunaan teknologi, data dan inovasi untuk memacu industri pertanian dan agrikomoditi negara yang lebih pintar, mampan dan berdaya tahan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berada dalam kedudukan positif pada tengah hari, mencerminkan prestasi memberangsangkan kebanyakan negara serantau dan disokong oleh sentimen positif susulan keuntungan besar di Wall Street semalam.

MPOB Komersialkan Lebih 200 Teknologi Inovasi Sawit, Agrikomoditi

SEREMBAN, 12 Mei (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mengkomersialkan lebih daripada 200 teknologi melibatkan pelbagai inovasi dalam sektor sawit dan agrikomoditi negara setakat ini, sekali gus menyumbang kepada kelangsungan serta kemajuan sektor berkenaan.

Bank Pelaburan Jangka Harga MSM 2026 Antara RM4,250-RM4,350 Dipacu Permintaan Biodiesel, Risiko El Nino

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bank-bank pelaburan menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) berada dalam lingkungan RM4,250 hingga RM4,350 satu tan pada 2026, dipacu peningkatan permintaan biodiesel serta risiko fenomena El Nino yang lebih serius.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Selasa, mencerminkan prestasi positif Wall Street semalaman dalam persekitaran jangkaan kesan limpahan minat belian ke dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

Unit Permaju Tamatkan Perniagaan Pengedaran Ford

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Permaju Industries Bhd, Capital Intertrade Sdn Bhd (CISB) menamatkan operasi pengedaran Ford, dengan mengemukakan notis penutupan syarikat dan penyerahan operasi kepada Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd (Sime Darby Auto).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Tekanan Jualan Saat-Saat Akhir

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Tekanan jualan saat-saat akhir mengheret Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin selepas merekodkan kenaikan awal, apabila pengambilan untung dalam saham perbankan dan pengangkutan berwajaran tinggi menjejaskan sentimen pasaran secara keseluruhan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia kekal melebihi paras 1,700 mata pada akhir sesi dagangan pagi, disokong oleh minat belian, terutamanya di kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.