3bulan ago
KUALA LUMPUR, Feb 26 (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd bercadang untuk melaksanakan program nota kekal subordinat Islam (sukuk wakalah kekal) pada nilai nominal RM1 bilion berasaskan prinsip syariah Wakalah Bi Al-Istithmar.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- WCT Holdings Bhd merancang untuk mewujudkan program penerbitan nota Islam dengan nilai nominal agregat sehingga RM5 bilion, terdiri daripada Nota Jangka Sederhana Islam Senior dan/atau Nota Islam Kekal Subordinat berasaskan prinsip Shariah Wakalah Bi Al-Istithmar.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini memaklumkan memaklumkan bahawa baki sukuk beredarnya meningkat ke paras tertinggi baharu berjumlah US$6.795 bilion (US$1 = RM3.93), melonjak 64 peratus daripada US$4.14 bilion setahun lepas.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menaikkan penarafan jangka panjang program hutang YTL Corporation Bhd (YTL Corp) kepada AAA, susulan peningkatan berterusan prestasi operasi, keuntungan dan profil kewangan kumpulan itu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Memperluaskan penyertaan bumiputera dalam hartanah komersial merupakan tunjang penting Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dalam agenda pembinaan negara, yang mana, PHB menjadi institusi utama untuk memacu penciptaan kekayaan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd telah menerbitkan Sukuk Kanan ke-11 bertempoh lima tahun hari ini dengan jumlah nominal RM200 juta.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan melakar sejarah baharu dengan mewujudkan program sukuk pertamanya yang diberi penarafan, pada tahun depan seterusnya menjadi satu langkah strategik yang bertujuan memperluas ekosistem pendanaannya di samping menyokong usaha kerajaan dalam menguruskan liabiliti negara secara berhemat.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) menerbitkan semula sejumlah US$1.365 bilion sukuk jangka pendek merentasi empat tempoh dalam lelongan terakhirnya bagi 2025.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 20 Nov (Bernama) -- Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Bhd (Sekatarakyat) memeterai kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Bhd melalui penerbitan Sukuk Wakalah bernilai RM2 bilion, sekali gus menandakan kemasukan sulung koperasi itu dalam pasaran modal patuh syariah.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bank Rakyat menerbitkan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah bernilai RM600 juta melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Bhd.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd berjaya melaksanakan terbitan sulung Sukuk Wakalah Merdeka Lestari di bawah Program Sukuk Wakalah Merdeka sehingga RM6 bilion nilai nominal sebagai sebahagian daripada strategi kepelbagaian pembiayaannya.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- SP Setia Bhd (SP Setia) telah mengemukakan maklumat program terbitan nota Islam sehingga RM3.5 bilion dan program kertas komersial Islam (ICP) sehingga RM500 juta kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah rangka kerja penyerahan dan pelancaran.