1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Vitrox Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM51.2 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 berbanding RM24.16 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2025.
1hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ringgit ditutup bercampur-campur berbanding kalangan mata wang utama pada Khamis berikutan pelabur terus membeli aset selamat.
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh pembelian terpilih dalam saham wajaran tinggi perbankan dan telekomunikasi, dalam persekitaran sentimen yang semakin baik berikutan pelanjutan gencatan senjata di Asia Barat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Fortinet, peneraju global keselamatan siber, mengukuhkan komitmen jangka panjangnya di Malaysia menerusi pelaksanaan infrastruktur Secure Access Service Edge (SASE) Titik Kehadiran (PoP) berasaskan tempatan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah mencatat sejumlah 8.44 bilion transaksi pembayaran digital pada 2025, sekali gus membuktikan kaedah itu terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
1hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati ketika susulan peniaga menunggu hasil yang lebih jelas daripada rundingan Amerika Syarikat-Iran yang sedang berlangsung.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) diiktiraf sebagai Pengawal Selia Terbaik dalam Mempromosikan Kewangan Islam bagi tahun ketiga berturut-turut di Anugerah Islamic Finance News (IFN).
2hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup tinggi pada hari Rabu, disokong oleh prestasi kukuh minyak sayuran berkaitan di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan Bursa Komoditi Dalian (DCE).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kementerian Pertahanan memeterai 24 kontrak dan Program Kolaborasi Industri (ICP) bernilai RM3.54 bilion di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu yang juga hari keempat berturut-turut, menjejaki prestasi pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) yang suram.
2hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Rabu berikutan pelabur beralih kepada mata wang selamat dan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain dan negara serantau.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia perlu melakukan pembaharuan atau menyesuaikan semula tindak balasnya terhadap perubahan struktur global, terutama dalam perdagangan apabila perubahan itu berlaku, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.