Terdapat 40 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor kewangan"

MBSB Lantik Nur Julie Gwee Ariff CEO MIDF Amanah Investment Bank

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- MBSB Bhd melantik Datuk Seri Nur Julie Gwee Ariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDF Amanah Investment Bank Bhd baharu berkuat kuasa 1 Jan 2025.

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah, kata seorang ahli ekonomi.

Penggunaan Mata Wang Kripto Bagi Cuci Duit Di Malaysia Rendah - Lim

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Hasil dapatan menunjukkan penggunaan mata wang kripto sebagai antara medium untuk mencuci duit di Malaysia adalah rendah, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

UOB: Prospek ASEAN-6 Mengatasi Unjuran Pertumbuhan KDNK Global Pada 2025

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- United Overseas Bank (UOB) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi blok ASEAN-6 akan mencecah 4.8 peratus pada 2025, mengatasi unjuran pertumbuhan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global iaitu 3.2 peratus.

MTA Rai Ulang Tahun Ke-40 Industri Takaful, Anjur TLAS 2024

SEPANG, 2 Dis (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menganjurkan Sidang Kemuncak Ejen dan Pemimpin Takaful 2024 (TLAS 2024), mengukuhkan peranan penting Takaful dalam sektor kewangan Malaysia.

CEO LIAM Mark O’Dell Dipilih Penerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Mark O’Dell dipillih sebagai penerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup pada majlis Anugerah Industri Insurans Asia 2024.

Greenflation: Kenaikan Kos Peralihan Ke Arah Kemampanan Jejas Ekonomi, PKS

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia berkata peralihan ke arah ekonomi hijau, di samping mengatasi cabaran perubahan iklim membawa kepada peningkatan kos, atau 'greenflation', yang menjejaskan kalangan perniagaan dan pengguna dengan ketara.

MISB, OFS Didaftar Sebagai Agensi Pelaporan Kredit - MOF

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) telah membuat keputusan untuk mendaftarkan MYDATA Informatica Sdn Bhd (MISB) dan One Future Solutions Sdn Bhd (OFS) sebagai Agensi Pelaporan Kredit (APK) baharu di bawah seksyen 14 Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710].

MNRB Lantik Rudy Rodzila Sebagai Presiden Sementara Dan CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd melantik Datuk Rudy Rodzila Che Lamin sebagai Presiden Sementara dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 23 Nov, 2024.

Labuan FSA Perkukuh Teknologi Kewangan Islam

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 8 Nov (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) sedang mengukuhkan landskap kewangan Islam dan digital dengan pelancaran pelan induk blockchain (lejer digital terbuka) patuh Shariah dan insentif cukai baharu bertujuan menjadikan Labuan sebagai hab kewangan digital terkemuka.

Pengerusi ASEAN: Malaysia Berpeluang Tingkat Kerjasama Sektor Takaful, Takaful Semula

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

IDAC Labuan Diunjur Raih US$1 Bilion Menerusi Aset Digital Patuh Syariah

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 8 Nov (Bernama) -- Pusat Aset Digital Islam (IDAC) Labuan yang dilancarkan pada 2022, berjaya mencatat pencapaian bermakna dengan aset digital terkumpulnya mencecah US$820 juta, setakat ini.