BERITA TERKINI   Malaysia Airlines bekerjasama erat dengan syarikat penerbangan sekutu di Eropah, Asia dan selainnya untuk memudahkan sambungan penerbangan penumpang terjejas gangguan global | Malaysia Airlines menyediakan penerbangan tambahan untuk Kuala Lumpur-London dan Kuala Lumpur-Paris dari 6 hingga 8 Mac, membantu penumpang yang terjejas akibat gangguan global | Kerajaan MADANI komited tambah baik pemberian Persekutuan kepada semua kerajaan negeri setiap tahun, manfaat seluruh rakyat tanpa mengira negeri - PM Anwar  | Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan sepenuhnya 100 peratus kutipan cukai pelancongan kepada negeri masing-masing - PM Anwar | Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dijangka mencecah RM10.5 bilion tahun ini berbanding RM10.3 bilion tahun 2025 - PM Anwar  | 

Terdapat 1596 berita berdasarkan kata kunci carian " sentimen "

Pendedahan Malaysia Kepada Konflik AS-Iran Sederhana, Boleh Urus - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Malaysia mempunyai pendedahan yang sederhana kepada konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang sedang berlaku dan keadaan itu boleh diurus dari sudut makroekonomi, kata ahli ekonomi.

Harga Minyak Dijangka Meningkat Ke Paras US$90-US$100 Susulan Loji Ras Tanura Tutup Sementara - Penganalisis

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Harga minyak mentah dijangka meningkat sehingga paras US$90-US$100 setong berikutan gangguan yang berlaku di loji Ras Tanura milik syarikat minyak kerajaan Arab Saudi, Saudi Aramco, menurut penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Rendah Susulan Sentimen Terkesan Akibat Konflik Timur Tengah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah pada Isnin berikutan sentimen risiko yang merosot ketara disebabkan peningkatan semula konflik Timur Tengah sekali gus mencetuskan penjualan besar-besaran ekuiti di peringkat serantau.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Sentimen Elak Risiko Beri Tekanan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memandangkan sentimen elak risiko semasa memberi tekanan kepada mata wang tempatan susulan ketidaktentuan yang memuncak berkaitan konflik di Timur Tengah.

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 2 (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus apabila Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bermesyuarat pada Khamis ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Ringgit Meningkat 4.31 Peratus Kepada RM3.89 Setakat 1 Mac 2026 -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Nilai ringgit terus meningkat sebanyak 4.31 peratus kepada RM3.89 berbanding dolar AS setakat 1 Mac 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Konflik Di Timur Tengah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi dagangan pagi, seiring dengan pasaran serantau, berikutan sentimen berhati-hati pelabur terhadap ekuiti akibat konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Komposit Susut Bawah 1,700 Mata

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal sesi dengan indeks utama itu merosot lebih satu peratus, sejajar prestasi kebanyakan pasaran serantau berikutan sentimen penghindaran risiko susulan perkembangan konflik di Timur Tengah.

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS Susulan Konflik Di Timur Tengah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan Mac berikutan sentimen penghindaran risiko yang semakin ketara susulan serangan bersama Amerika Syarikat (AS)- Israel ke atas Iran pada hujung minggu.

Strategi Pasaran Dijangka Hadkan Kesan Konflik Timur Tengah Terhadap Malaysia - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kesan ekonomi terhadap Malaysia susulan konflik di Timur Tengah dijangka kekal terkawal sekiranya ketegangan itu tidak berlarutan namun ketidaktentuan pasaran dalam jangka masa terdekat tidak boleh diketepikan, kata beberapa ahli ekonomi.

Konflik Di Timur Tengah: Kerajaan Akan Berusaha Pertahan Harga RON95 - PM Anwar

PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada harga semasa RM1.99 seliter demi untuk rakyat Malaysia meskipun pasaran global menghadapi ketidaktentuan susulan situasi terkini konflik di Timur Tengah.

Tindakan Dasar Lebih Awal Penting Untuk Tangani Kesan Konflik AS-Iran, Kata Ahli Ekonomi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Perbincangan dasar yang dilaksanakan segera dan terselaras akan menjadi faktor penting untuk menentukan sama ada konflik Amerika Syarikat(AS)-Iran yang semakin meruncing terus kekal sebagai kejutan luaran sementara atau menjadi cabaran ekonomi yang berterusan bagi Malaysia, kata ahli ekonomi.