3bulan ago
PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) — Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa penambahbaikan dasar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2026 termasuk penurunan kadar cukai perkhidmatan ke atas sewaan atau pajakan daripada lapan peratus kepada enam peratus untuk menyokong pertumbuhan industri.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai perkhidmatan ke atas sewaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan dikurangkan kepada enam peratus daripada lapan peratus sebelum ini.
4bulan ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Tempoh 2025 akan diingati sebagai “tahun tarif”, dengan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang mengejutkan pasaran di seluruh dunia, malah Malaysia tidak terkecuali.
4bulan ago
KLANG, 28 Nov (Bernama) -- Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mencatat peningkatan hasil keseluruhan sebanyak lapan peratus setakat Oktober lepas berbanding pada 2024 sekali gus menunjukkan aktiviti perniagaan lebih rancak dan prestasi operasi yang kukuh, kata Pengerusinya Lim Lip Eng.
4bulan ago
Daripada M.Saraswathi
PRETORIA, 23 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas dari Afrika Selatan ke Nairobi, Kenya selepas penyertaan yang membuahkan hasil di Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) di sini.
4bulan ago
Oleh M. Saraswathi
ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas dari Ethiopia ke Johannesburg, Afrika Selatan yang menjadi negara kedua daripada tiga negara yang dikunjungi beliau di Afrika, selepas mengakhiri lawatan di sini.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memulakan lawatan penting ke tiga negara di benua Afrika iaitu Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya bermula 18 hingga 24 November untuk memacu hubungan ekonomi serta membuka ruang pelaburan baharu Malaysia di benua itu.
5bulan ago
SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri bagi tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan masih belum memuktamadkan penglibatan mana-mana syarikat tempatan dalam projek sewaan set kereta api dengan syarikat dari China, kata Kementerian Kewangan (MoF).
5bulan ago
SIBU, 21 Okt (Bernama) -- Transformasi industri getah Sarawak menerusi kerjasama komuniti dan korporat akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh sektor komoditi di negeri ini, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
6bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hasil kerajaan Persekutuan diunjur meningkat 2.7 peratus kepada RM343.1 bilion pada 2026, daripada RM334.1 bilion yang dijangka pada 2025, terutamanya disumbangkan oleh hasil cukai.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia mempelawa kalangan penyedia dan pelabur global dalam bidang pesawat, kru, penyelenggaraan dan insurans (ACMI) untuk menjadikan negara ini sebagai pangkalan operasi selain memanfaatkan lokasi strategik dan kesalinghubungan kukuh bagi pengembangan di rantau Asia-Pasifik.