5hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Paramount Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu sebanyak RM118.82 juta bagi tahun kewangan 2025 yang berakhir pada 31 Dis, 2025, peningkatan sebanyak 16 peratus daripada RM102.45 juta pada tahun lepas.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh penurunan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras dan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Saham tempatan menutup sesi dagangan pagi pada paras rendah, didorong oleh jualan meluas dalam kalangan kaunter utama, seiring penurunan pasaran serantau.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Sektor hartanah Malaysia dijangka merekodkan peningkatan tidak ketara dari segi minat pembelian pada tahun ini, walaupun terdapat asas yang tinggi pada 2025, disokong oleh prospek yang kekal positif serta asas permintaan yang kukuh, menurut MBSB Investment Bank.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus pada 2025, mengatasi unjuran 4.0 hingga 4.8 peratus, dipacu permintaan domestik yang kukuh serta prestasi eksport yang menggalakkan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit meningkat 3.9 peratus berbanding dolar AS pada suku keempat 2025, didorong oleh faktor luaran dan dalam negeri, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Hock Soon Capital Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia mencatatkan penurunan apabila dibuka pada 53 sen, berkurangan tujuh sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 60 sen, susulan permintaan pelabur yang lebih rendah daripada jangkaan.
6hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, terjejas oleh kebimbangan bahawa pengukuhan ringgit melemahkan permintaan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup dagangan hari ini dalam zon rendah, dengan indeks utama susut 0.32 peratus manakala pasaran menyeluruh menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung susulan aktiviti pengambilan untung dan sentimen lemah menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, dalam persekitaran harga minyak mentah bercampur-campur, mencerminkan pengukuhan ringgit dan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pengeluar serbuk plastik, Polymer Link Holdings Bhd menyasarkan pertumbuhan di Australia susulan penyewaan kemudahan gudang baharu di sana.