BERITA TERKINI   Piala Malaysia: PDRM FC 1-10 JDT | Piala Malaysia: Penang FC 1-0 Kuching City FC | Jasad dipercayai penumpang pesawat yang mengalami nahas di Sulawesi Selatan Indonesia ditemukan - pasukan SAR | 

Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian " syarikat bumiputera"

Suntikan Modal Tidak Manfaatkan Pemegang Saham, Pengurusan SEB - PM Anwar

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Suntikan modal baharu yang diberikan kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd )SEB) tidak sama sekali manfaatkan pemegang saham atau pengurusan SEB, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

VentureTech Labur Dalam Pomen Untuk Pacu Pendigitalan Penyelenggaraan

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- VentureTech Sdn Bhd telah mengumumkan pelaburan strategik dalam Pomen Autodata Sdn Bhd untuk memacu transformasi digital dalam penyelenggaraan armada dan pengurusan tenaga kerja. 

Kerajaan Tambah Jaminan RM10 Bilion Bagi Skim Kredit Perumahan Bantu 20,000 Peminjam

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Skim Jaminan Kredit Perumahan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) akan ditingkatkan dengan tambahan jaminan RM10 bilion tahun ini sekali gus akan memberikan manfaat kepada lebih 20,000 peminjam.

Syarikat Bumiputera Perlu Bekerjasama Dengan Syarikat Bukan Bumiputera Perkukuh Industri Perkayuan

PUTRAJAYA, 18 Feb (Bernama) -- Syarikat bumiputera dalam industri perkayuan tempatan perlu bekerjasama dengan syarikat bukan bumiputera bagi memperluas pasaran dan mengukuhkan daya saing mereka, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

222 PMKS Bumiputera Terima Manfaat Program BEEP Berjumlah RM34.44 Juta Pada 2024

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Sejumlah 222 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera menerima manfaat daripada Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) dengan kelulusan geran sebanyak RM34.44 juta sehingga Disember 2024. 

MATRADE Meterai PPA Dengan Syarikat Kejuruteraan Cahaya Abadi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) solar dengan Kejuruteraan Cahaya Abadi Sdn Bhd (KCASB) bagi penjimatan hasil penggunaan elektrik bernilai hampir RM500,000.

PM Anwar Gesa GLIC, GLC Perkasa Pembangunan Ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.

VentureTECH, MTC Orec Bekerjasama Pacu Projek Biometana Di Malaysia

PUTRAJAYA, 23 Dis (Bernama) -- VentureTECH Sdn Bhd (VentureTECH) dan MTC Orec Sdn Bhd (MTC Orec) menjalin kerjasama strategik bagi memacu pembangunan loji biometana MTC Orec, sekali gus memperkukuh komitmen terhadap pertumbuhan mampan serta inovasi tenaga boleh baharu (TBB).

Khazanah, PNB Perjelas Isu Pelupusan Pegangan Dalam FashionValet

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengeluarkan kenyataan berasingan mengenai kerugian sebanyak RM43.9 juta yang dialami kedua-dua syarikat itu setelah menjual pegangan dalam platform e-dagang Fashion Valet Sdn Bhd dengan harga RM3.1 juta.

Khazanah, PNB Terima RM3.1 Juta Hasil Penjualan Saham Fashionvalet - MOF

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham dalam Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet), menurut Kementerian Kewangan (MOF).