1hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Uzma Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mewujudkan platform supaya kedua-dua pihak dapat bekerjasama dalam dua bidang utama iaitu perniagaan dan pembangunan keupayaan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Malaysia perlu memperluas pembiayaan hijau, memperkukuh keupayaan teknologi tempatan serta meningkatkan penyertaan merentas sektor dan wilayah bagi memanfaatkan sepenuhnya peralihan global ke arah kemampanan, sekali gus menjadikan risiko iklim sebagai kelebihan daya saing dalam rantaian nilai hijau.
1hari ago
LABUAN, 4 Mei (Bernama) -- Perbadanan Labuan (LC) sedang mempergiat usaha untuk mengambil bahagian secara langsung dalam usaha niaga permodalan aset, sebagai sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk mencapai kemampanan kewangan jangka panjang dan mengurangkan kebergantungan kepada geran kerajaan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) akan menyokong inisiatif infrastruktur digital dan tenaga baharu bernilai US$70 bilion menjelang 2035, bertujuan menghubungkan grid kuasa, mengembangkan perdagangan elektrik rentas sempadan dan meningkatkan akses jalur lebar di seluruh Asia dan Pasifik.
4hari ago
JOHOR BAHRU, 1 Mei (Bernama) -- Aspek pendigitalan dan automasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merupakan antara lima bidang tumpuan utama Pelan Strategik Perniagaan (BSP) 2022-2030 SME Corporation Malaysia (SME Corp) bagi mempercepat penggunaan teknologi digital serta meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Syarikat terkemuka perkhidmatan e-hailing dan penghantaran di Asia Tenggara, Grab, memperoleh Lesen Pengendali Perkhidmatan E-Hailing Rentas Sempadan (CRSOL) yang pertama kali dikeluarkan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 2.3 trilion rupiah bagi suku pertama 2026, bersamaan pendapatan sesaham 70.20 rupiah (RM1 = 4,366 rupiah).
5hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Langkah pelarasan perbelanjaan mengurus tidak akan menjejaskan petugas barisan hadapan mahupun penyampaian perkhidmatan asas kepada rakyat, memandangkan hanya melibatkan perbelanjaan tidak kritikal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) --Syarikat minyak dan gas nasional Malaysia, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menandatangani perjanjian muktamad dengan syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Jepun, ENEOS Xplora.
5hari ago
KANGAR, 30 April (Bernama) -- MBSB Bank Bhd bertindak mengukuhkan jejaknya di wilayah utara Malaysia menerusi pembukaan semula cawangan di Kangar, Perlis dan Kulim di Kedah.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bina Darulaman Bhd (BDB) menyasarkan pengukuhan perniagaan teras serta disiplin pengoperasian tahun ini sebagai sebahagian daripada pelan pemulihannya yang menyeluruh.
5hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Paras harga minyak melonjak lebih US$120 setong pada Khamis selepas Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Iran bahawa sekatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz mungkin berlanjutan sehingga beberapa bulan.