22hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Industri halal menyumbang 7.94 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bersamaan RM118.2 bilion dengan bilangan pengeksport halal berdaftar sebanyak 1,525 syarikat sehingga suku ketiga 2025.
22hari ago
IPOH, 8 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan Batik Air memperluas laluan domestik apabila melancarkan perkhidmatan bagi laluan Ipoh-Singapura mulai hari ini.
22hari ago
KOTA TINGGI, 8 Dis (Bernama) -- Kepimpinan Malaysia dalam ekosistem halal global terus diperkukuh melalui Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2024 (WHEA 2024), sekali gus meningkatkan lagi daya saing negara dalam pasaran halal global yang berkembang pesat dan diunjurkan mencecah US$5 trilion (US$1 = RM4.10) menjelang 2030.
26hari ago
KOTA KINABALU, 4 Dis (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Ewon Benedick menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di kementeriannya berusaha meningkatkan pendapatan supaya dapat memberikan dividen tinggi kepada kerajaan.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Kerajaan digesa untuk menyediakan insentif pembiayaan hijau yang dipadankan kepada pengusaha-pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi menggalakkan peralihan ke arah dekarbonisasi negara.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Malaysia perlu memajukan rantaian nilai teknologi bagi meningkatkan daya saing dan tidak bergantung kepada pencapaian lampau untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) – Kalangan penjual atau peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Asia Tenggara dan Taiwan, berjaya mencatat jualan bernilai lebih US$270 bilion menerusi Shopee sejak pelancaran platform e-dagang itu pada 2015.
27hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Lonjakan permintaan perjalanan udara antara Afrika dan Asia yang semakin melonjak mendorong Ethiopian Airlines memperkukuh operasinya di rantau Asia Pasifik (APAC) dengan Malaysia muncul sebagai satu daripada pasaran paling pesat berkembang.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Malaysia Brand Day 2026 yang julung kali diadakan dijangka menjadi platform utama untuk menarik pelabur asing serta memudahkan peluang pembiayaan bagi jenama tempatan Malaysia, kata penganjurnya Brand Day (M) Sdn Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik, apabila kira-kira 33.1 peratus daripada pelaburan langsung asing (FDI) negara adalah dari ekonomi CPTPP.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) kerajaan mengutamakan usaha untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai melalui perkongsian strategik dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
1bulan ago
Oleh Thivyamalini Ramalu
PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) -- Pencapaian lebihan akaun perkhidmatan yang direkodkan kerajaan baru-baru ini menjadi petunjuk jelas bahawa ekonomi negara berada pada landasan pemulihan yang lebih stabil, kata Presiden Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Mohd Azamanizam Baharon.