9hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) memilih lima syarikat Malaysia iaitu Binastra Corporation Bhd, Eco-Shop Marketing Bhd, Kelington Group Bhd, LAC Med Bhd dan MR DIY Group (M) Bhd sebagai “Diamonds in the Rough” atau pilihan utama pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi 2026.
13hari ago
CHIANG MAI, 3 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga bersih dari Singapura, GoRental Global telah meletakkan Malaysia sebagai pasaran utama untuk pengembangan serantaunya sambil meningkatkan inisiatif GoImpactnya bagi menyampaikan penyelesaian tenaga terdesentralisasi kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.
14hari ago
PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) mengambil langkah untuk memastikan bekalan bahan mentah yang berterusan, khususnya gas dan arang batu bagi penjanaan elektrik, sambil memantau perkembangan di Asia Barat susulan konflik di rantau itu kini memasuki bulan kedua.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengemukakan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan kadar Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bagi April, dengan pengguna bakal menerima rebat yang sedikit rendah kepada 0.47 sen bagi setiap kilowatt jam (kWj).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kualiti kredit pinjaman perniagaan secara keseluruhannya meningkat tanpa perbezaan trend yang ketara merentas segmen dan sektor dengan bahagian pinjaman terjejas dan pinjaman yang menunjukkan peningkatan risiko kredit perniagaan bertambah baik, masing-masing kepada 2.8 peratus dan 10.7 peratus.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) berhasrat memperkukuh keupayaan strategi Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang merangkumi agenda kelestarian dan iklim dalam sistem kewangan Islam pada tahun ini.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Sistem kewangan Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025, disokong persekitaran pengawalseliaan yang berhemat dan teguh, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
16hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Keuntungan sektor insurans dan takaful Malaysia mencatatkan penurunan kepada RM4.6 bilion pada separuh tahun kedua 2025 (ST2 2025) berbanding RM4.8 bilion pada separuh pertama 2025 (ST1 2025), walaupun prestasi pelaburan ekuiti bertambah baik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Vantris Energy Bhd melonjak kepada RM3.73 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2026 (TK2026), berbanding RM189.53 juta pada TK2025.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Malaysia kekal berada dalam kedudukan yang baik untuk berdepan tekanan fiskal yang semakin meningkat apabila harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 setong, menurut penganalisis.
19hari ago
Oleh Nur Faradilla Mohamad
MERSING, 28 Mac (Bernama) -- Daripada hampir dua jam di dapur untuk menyiapkan produk jualan, seorang usahawan kecil di sini kini boleh menarik nafas lega apabila dapat menjimatkan proses memasak dengan peralatan baharu yang lebih efisien.