3hari ago
JAKARTA, 20 Jun (Bernama) -- Penggiat industri di Malaysia serta pembeli dan peniaga dalam pasaran utama kini memantau rapat perancangan Indonesia untuk mengetatkan kawalan eksport komoditi strategik melalui kerangka pemantauan baharu berkaitan kerajaan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat RM4,200 hingga RM4,300 setan meskipun ketegangan di Asia Barat kian mereda, kata seorang peniaga.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan secara mendatar dengan kecenderungan menurun pada minggu depan selepas ketegangan geopolitik mula mereda dan keadaan bekalan yang bercampur-campur membentuk sentimen, kata pakar industri Denis Low.
4hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri minggu dagangan dengan ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh kebimbangan bekalan dan ketegangan yang kembali memuncak di Asia Barat, kata seorang peniaga.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Pertumbuhan aliran trafik antarabangsa yang berterusan hanya mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai gerbang serantau utama di bawah kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Syarikat-syarikat penerbangan perlu melaksanakan analisis sensitiviti bahan api peringkat laluan masing-masing untuk mengenal pasti laluan yang tidak menguntungkan di bawah beberapa senario harga bahan api yang berbeza.
4hari ago
KUALA LUMPUR,19 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan memperkukuh lagi kerjasama strategik dalam tenaga boleh baharu (TBB) susulan pertukaran surat hasrat (LOI) bagi Projek Naik Taraf Biogas Kilang Sawit Negeri Terengganu, inisiatif yang akan menukarkan sisa daripada industri minyak sawit kepada biogas asli mampat (Bio-CNG).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 dengan mata indeks mengalami kenaikan kepada 137.1 daripada 134.4 berbanding tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia pada Mei 2026 meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion berbanding RM252.5 bilion pada tempoh sama tahun lepas, didorong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
5hari ago
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 18 Jun (Bernama) — ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) perlu bekerjasama menggembleng sumber masing-masing bagi menangani jenayah rentas sempadan selain memperkukuh kerjasama dalam bidang tenaga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis selepas ditekan oleh kelemahan dalam harga minyak kacang soya dan minyak mentah, menurut seorang peniaga.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia akan teliti secara serius meneroka penggunaan mata wang tempatan dengan rakan dagang untuk mengurangkan risiko pertukaran asing yang tidak menentu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.