BERITA TERKINI   Banjir di Sabah pulih sepenuhnya, pusat pemindahan terakhir di Beaufort ditutup 4 petang ini - JPBN | Inisiden letupan kompresor di sebuah universiti swasta, mangsa terlibat meningkat 10 orang termasuk seorang maut- Ketua Polis KL | Empat pelajar antara sembilan cedera dalam letupan kompresor di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara - Ketua Polis KL | 

Terdapat 86 berita berdasarkan kata kunci carian "bursa malaysia securities"

Bursa Malaysia Tegur FSBM Kerana Kemukakan Keputusan Suku Tahun Tidak Tepat

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran secara terbuka terhadap FSBM Holdings Bhd kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama selepas syarikat itu mengemukakan keputusan kewangan yang tidak tepat untuk suku ketiga dan keempat tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.

Orkim Mahu Kumpul RM92 Juta Menjelang Penyenaraian Sulung Di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Orkim Bhd iaitu syarikat pengangkutan marin mahu mengumpul RM92 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraian sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 9 Dis, 2025.

LAC Med Berhasrat Kumpul RM55.6 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Peranti perubatan dan penyedia penyelesaian bersepadu, LAC Med Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM55.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 10 Disember 2025. 

Bursa Malaysia Tegur Solar District Cooling Kerana Melanggar Peraturan Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran secara terbuka terhadap Solar District Cooling Group Bhd (SDCG) kerana melanggar Peraturan 3.10(1) Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities (ACE LR).

PJBumi Tidak Tahu Punca Penurunan Harga Saham

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- PJBumi Bhd memaklumkan bahawa syarikat itu tidak menyedari sebarang perkembangan korporat yang mungkin mencetuskan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) sahamnya, susulan pertanyaan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd.

Wasco Greenergy Memeterai Perjanjian Dengan CIMB IB Dan Maybank IB Menjelang IPO

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd (Greenergy) telah memeterai perjanjian pengunderaitan dengan CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) dan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini susulan aktiviti membeli saham murah yang muncul semula selepas dagangan hambar minggu lepas, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.

KNM Dinyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 5 November 2025

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Syarikat di bawah Nota Amalan 17 (PN17), KNM Group Bhd akan dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 5 November ini susulan tindakan bursa menolak pelan pemulihannya.

Bursa Securities Tolak Permohonan Pimpinan Ehsan Untuk Lanjutan Masa

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) telah memaklumkan kepada Pimpinan Ehsan Bhd mengenai keputusannya untuk menolak permohonan syarikat itu bagi lanjutan masa tambahan.

IPO Bahagian Awam Insights Analytics Terlebih Langgan 53.62 Kali

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Insights Analytics Bhd, penyedia penyelesaian teknologi yang berpangkalan di Sarawak mencatatkan lebihan langganan untuk bahagian awam tawaran awam permulaannya (IPO) sebanyak 53.62 kali.

KNM Terima Notis Tuntutan Cadangan Pelupusan Anak Syarikat Jerman

KUALA LUMPUR, 7 Okt  (Bernama) -- KNM Group Bhd telah menerima notis tuntutan bertulis untuk mempertimbangkan cadangan pelupusan melibatkan anak syarikat Jermannya, Deutsche KNM GmbH (DKNM).

Powertechnic Kumpul RM22.05 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Syarikat sistem pengangkat dan kren, Powertechnic Group Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM22.05 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Oktober 2025.