1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 pada 4.7 peratus, dengan cenderung untuk meningkat ke arah lima peratus susulan prestasi lebih kukuh daripada jangkaan pada suku pertama 2026.
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh 5.4 peratus dalam suku pertama 2026.
1hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, seiring dengan sentimen pasaran serantay yang lemah berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati dalam persekitaran kebimbangan mengenai kenaikan harga minyak global dan potensi limpahan inflasi merentasi ekonomi utama.
1hari ago
Daripada Mohd Khairi Idham Amran
NEW DELHI, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia percaya bahawa perdagangan kekal sebagai pemacu utama pembangunan dan peningkatan perdagangan Selatan-Selatan perlu terus dimanfaatkan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil kira aspek potensi senario akibat konflik Asia Barat ketika melakukan unjuran pertumbuhan dan inflasi 2026, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1hari ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
KAZAN (Rusia), 15 Mei (Bernama) -- Rusia menekankan komitmen untuk meneruskan kerjasama yang sedang dijalinkan dengan negara Islam dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, industri, teknologi maklumat, pembinaan, pertanian, kewangan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- UOB Malaysia sedang meningkatkan sokongan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Kemudahan Bantuan Penstabilan PKS (SRF) Bank Negara Malaysia (BNM).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Tumpuan kerajaan terhadap reformasi Ekonomi MADANI yang berteraskan dasar mesra pertumbuhan, program berpaksikan rakyat serta pengurusan fiskal yang bertanggungjawab, terus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Keutamaan dasar jangka pendek perlu tertumpu pada pengekalan kestabilan makroekonomi dan pada masa yang sama memelihara penampan mustahak susulan kejutan bekalan global akibat konflik Asia Barat.
1hari ago
LABUAN, 15 Mei (Bernama) -- Konflik yang belum selesai melibatkan Iran dijangka memacu aktiviti penggerudian minyak yang lebih aktif di perairan Sabah, kata Pengerusi Biro Minyak dan Gas Dewan Perniagaan Labuan (LCC) Masnawi Nawe.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- China bersedia untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dengan Malaysia dalam inovasi saintifik dan teknologi, ekonomi digital serta kecerdasan buatan (AI), sambil memperkukuh penyelidikan bersama, pertukaran tenaga kerja dan kerjasama perindustrian.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia yang teguh serta momentum pembaharuan berterusan dijangka terus menyokong ringgit manakala faktor luaran akan terus mempengaruhi pergerakan kadar pertukaran asing, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).