Terdapat 169 berita berdasarkan kata kunci carian "ets"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan jangkaan pengeluaran yang lebih lemah dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Harga Minyak Mentah Kukuh

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, aktiviti dagangan didorong oleh sokongan kukuh daripada pergerakan harga minyak mentah.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah Susulan Jangkaan Pengeluaran Lebih Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan prestasi lebih rendah pada Rabu, terjejas oleh jangkaan pengeluaran minyak sawit yang lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Menjelang Cuti Panjang

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan dagangan berhati-hati menjelang cuti hujung minggu yang panjang. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Mengenai Output Indonesia

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup tinggi hari ini, didorong jangkaan mengenai bekalan minyak yang lebih terhad berikutan wujud kebimbangan bahawa pengeluaran minyak sawit Indonesia mungkin menyusut tahun ini, kata penganalisis.

Tindakan UAE Jejas Sentimen Pelabur, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal pagi Rabu dengan lebih rendah, menjejaki prestasi serantau ketika sentimen pelabur terjejas susulan laporan tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu OPEC+.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Tiga Hari Kenaikan Berturut-turut

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis selepas mencatatkan kenaikan kukuh selama tiga hari berturut-turut.

Niaga Hadapan MSM Terus Meningkat Dipacu Pengukuhan Minyak Kacang Soya, Prestasi DCE

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup tinggi pada hari Rabu, disokong oleh prestasi kukuh minyak sayuran berkaitan di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan Bursa Komoditi Dalian (DCE).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Ketika Harga Minyak Mentah Susut

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dalam persekitaran harga minyak mentah menyusut, kata peniaga.

Ringgit Mengukuh, Aliran Masuk Sokong Daya Tahan Pasaran Bon Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Pasaran bon Malaysia terus menunjukkan daya tahan dalam persekitaran ketidaktentuan global, disokong oleh pengukuhan ringgit dan aliran masuk asing yang mampan, menurut CIMB Treasury and Markets Research.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Minggu Ini Susulan Sentimen Pasaran Menurun

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih rendah setelah pasaran mencerna data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang menunjukkan sentimen menurun.

Unit Hong Seng Meterai Perjanjian Penyelesaian Hutang Berjumlah RM63.61 Juta

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Hong Seng Consolidated Bhd (Hong Seng), AIMAX Capital Sdn Bhd memeterai perjanjian penyelesaian hutang berjumlah RM63.61 juta dengan empat peminjam.