Terdapat 21 berita berdasarkan kata kunci carian "itmax"

ITMAX System Peroleh Kontrak Sistem Lampu Isyarat Pintar RM145 Juta Di Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Anak syarikat 65 peratus milik ITMAX System Bhd (ITMAX), Southmax Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak berjumlah RM145 juta daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi penempatan dan penyelenggaraan sistem lampu isyarat pintar di seluruh kawasan Johor Bahru.

Bursa Dibuka Rendah, Pelabur Berhati-hati Menjelang Pengumuman RMK13

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Khamis berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijadualkan hari ini dan selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bahawa penurunan kadar faedah akan ditangguhkan untuk tempoh lebih lama.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Dipacu Minat Belian

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan susut sedikit tetapi melantun kemudiannya, didorong oleh minat belian baharu bagi saham-saham wajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini bagaimanapun turun selepas itu disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih susulan peningkatan di Wall Street, kata seorang penganalisis.

Unit ITMAX Dilantik Sebagai Pengendali Smart Parking Di Mersing Berkuat Kuasa 1 Mei

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Anak syarikat ITMAX System Bhd, Southmax Sdn Bhd telah dilantik oleh Majlis Daerah Mersing sebagai pengendali tempat letak kereta pintar (smart parking) untuk parkir di kawasan terbuka di kawasan Mersing.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, perladangan, telekomunikasi dan media.

Indeks FBM KLCI Kekal Rendah Pada Tengah Hari, Sentimen Pasaran Positif

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia kekal dalam wilayah kurang memberangsangkan pada tengah hari Khamis susulan aktiviti jualan ketara membabitkan saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutannya pada tengah hari Selasa susulan tekanan jualan merentasi papan indeks dan seiring pasaran serantau berikutan prestasi semalaman Wall Street yang hambar, kata penganalisis.

Unit ITMAX System Raih Kontrak Parkir Pintar Di Johor

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik 65 peratus ITMAX System Bhd (ITMAX System), Southmax Sdn Bhd (SSB) dilantik oleh Majlis Perbandaran Segamat (MPS) untuk mengendalikan 7,637 petak parkir pintar di sekitar daerah berkenaan.