Terdapat 43 berita berdasarkan kata kunci carian "kutipan hasil"

Inti Pati Daripada Laporan Tinjauan Ekonomi Dan Fiskal 2026

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Berikut ialah inti pati daripada Tinjauan Ekonomi 2026 dan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2026:

Kerajaan Kumpul Sumber RM470 Bilion Bagi Belanjawan 2026 Perkukuh Ekonomi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan belanjawan yang mengumpulkan sumber berjumlah RM470 bilion bagi 2026 dengan mengutamakan daya tahan ekonomi dan sokongan kepada perniagaan kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan.

Hasil Kerajaan Persekutuan Diunjur Meningkat 2.7 Peratus Kepada RM343.1 Bilion Pada 2026 - Kementerian Kewangan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hasil kerajaan Persekutuan diunjur meningkat 2.7 peratus kepada RM343.1 bilion pada 2026, daripada RM334.1 bilion yang dijangka pada 2025, terutamanya disumbangkan oleh hasil cukai.

Kutipan Hasil Kerajaan Dianggar Berjumlah RM343.1 Bilion Pada 2026

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kutipan hasil kerajaan dianggar berjumlah RM343.1 bilion pada 2026, didorong oleh peningkatan dalam cukai langsung dan tidak langsung.

Belanjawan 2026 Dijangka Utamakan Penyatuan Fiskal, Pembaharuan Dan Tadbir Urus Baik - OCBC Bank

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2026 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober depan dijangka akan terus memfokuskan pada penyatuan fiskal walaupun menghadapi masalah luaran, kata OCBC Bank.

Kerajaan Komited Teruskan Inisiatif Pembaharuan Fiskal - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) --  Kerajaan komited meneruskan inisiatif pembaharuan fiskal termasuk Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) untuk menambah baik kutipan hasil dan semakan semula perbelanjaan awam bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan.

SST Lebih Progresif Berbanding GST, Fokus Agihan Beban Cukai Secara Adil -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) – Kerajaan memilih untuk mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan peluasan skop setelah mempertimbangkan kelebihan dan kekurangan kedua-dua sistem percukaian kepenggunaan SST dan juga Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

N. Sembilan Jangka REE Beri Sumbangan Besar Pada Hasil Negeri Mulai 2027 - Aminuddin

SEREMBAN, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan menjangkakan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini bakal memberi sumbangan besar kepada hasil negeri bermula 2027, demikian Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan diberitahu hari ini.

Usaha Konsolidasi Fiskal Djangka Kurangkan Defisit Fiskal Bawah Tiga Peratus, Kawal Hutang -- RMk13

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pelaksanaan usaha konsolidasi fiskal dijangka dapat mengurangkan defisit fiskal kepada di bawah tiga peratus dan memastikan paras hutang tidak melebihi 60 peratus kepada Anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Kerajaan Tidak Teruskan Pelaksanaan Cukai HVGT - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi (HVGT), menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Pelan Subsidi RON95 Beri Manfaat Majoriti, Kurangkan Tekanan Inflasi - Bank Pelaburan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pelan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON95 dilihat sebagai langkah positif untuk mengurangkan kos sara hidup dan menyokong penggunaan swasta dalam ketidaktentuan ekonomi global, menurut bank pelaburan.

Langkah Fiskal Baharu Kerajaan Tumpu Kebimbangan Rakyat - Bank Pelaburan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Langkah fiskal yang diumumkan kerajaan semalam dilihat sebagai langkah positif untuk menangani isu yang menjadi kebimbangan rakyat iaitu kenaikan kos sara hidup.